Petaling Jaya: PKNS FC akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), esok bagi membolehkan pemain barunya, Nazmi Faiz Mansor dapat diturunkan ketika aksi Liga Super menentang FELDA United di Stadium MBPJ, 16 Februari ini.
Presiden Kelab PKNS, Noor Hisham Gouth yang mengesahkan Nazmi sudah menjadi hak mutlak kelab terbabit, berkata semuanya kini bergantung kepada keputusan yang dibuat FAM.
"Kita akan hantar pegawai ke FAM untuk selesaikan perkara ini dan berharap Nazmi dapat bermain ketika menentang FELDA United," katanya pada sidang media memperkenalkan Nazmi sebagai pemain baru PKNS di sini, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan sama ada khidmat Nazmi dapat terus ditagih oleh PKNS pada perlawanan itu, sedangkan jendela perpindahan pemain Liga Malaysia (Liga M) sudah ditutup dan hanya akan dibuka buat kali kedua pada April ini.
Nazmi mengejutkan peminat bola sepak tanah air apabila kembali ke Malaysia dan menyertai PKNS FC selepas hanya tujuh bulan bersama kelab divisyen satu Portugal, S C Beira-Mar, sedangkan kontrak pemain tengah berusia 19 tahun itu dengan kelab terbabit selama tiga tahun.
Noor Hisham mengakui pihaknya membuat sejumlah bayaran kepada Beira-Mar bagi membolehkan Nazmi bermain dengan kelab itu dalam aksi Liga Super, musim ini.
"Memang kita ada membuat bayaran yuran perpindahan kepada Beira-Mar tetapi saya rasa jumlah itu tidak perlu didedahkan," katanya.
Berdasarkan laporan di laman web, www.transfermarkt.co.uk, yuran perpindahan pemain berusia 19 tahun itu bernilai €50.000 Euro (RM211,000).
"Kami tidak ada membuat sebarang rundingan untuk mendapatkan khidmat Nazmi, cuma kami didatangi ejen pemain itu, Marco Guimaraes yang memaklumkan Nazmi kini bebas daripada sebarang kontrak dengan Beira-Mar," katanya.
Dapatkan naskhah BH Ahad hari ini untuk lain-lain berita, gambar atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/
Anda sedang membaca artikel tentang
PKNS FC akan jumpa FAM
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/02/pkns-fc-akan-jumpa-fam.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
PKNS FC akan jumpa FAM
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar