Berita gembira buat peminat Seladang itu disampaikan oleh Datuk Bandar, Bandaraya Ipoh, Datuk Roshidi Hashim di Ipoh, petang semalam.
"Kerja-kerja akan dimulakan segera dan dijangka siap pada 22 April depan," katanya pada sidang media di Bangunan MBI.
Roshidi berkata, apabila siap nanti cahaya di Stadium Perak akan ditingkatkan kepada 1,400 Lux yang melebihi kehendak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Katanya, MBI berjaya mendapatkan pinjaman bernilai RM4.5 juta daripada kerajaan negeri bagi memasang lampu jenama Gruppe keluaran Itali serta menukar menara lampu limpah itu kepada jenis galvanised.
"Kerja menukar tiang ini akan memakan masa yang lama. Malah kerja hanya dapat dijalankan pada sebelah malam demi keselamatan awam kerana terdapat gerai makan di bahagian belakang stadium.
Tukar tiang lama
"Kami tidak mahu mengambil sebarang risiko ketika menurunkan tiang lama dan ketika menegakkan tiang baru itu nanti," katanya.
Sehubungan itu, Roshidi berharap peminat Perak yang sebelum ini kurang senang berikutan kelewatan kerja dimulakan bersabar dan terus memberi sokongan kepada pasukan walaupun terpaksa membuat perjalanan ke Stadium TLDM, Lumut.
"Kami mahu memberikan yang terbaik kepada peminat serta Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).
"Justeru, MBI sanggup berhutang kepada kerajaan negeri untuk meningkatkan cahaya lampu di Stadium Perak," katanya.
Anda sedang membaca artikel tentang
Stadium Perak dapat lampu limpah baru
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/02/stadium-perak-dapat-lampu-limpah-baru.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Stadium Perak dapat lampu limpah baru
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Stadium Perak dapat lampu limpah baru
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar