Surat mengandungi tiga pertuduhan mengikut Artikel 88 Statut FAM itu ditandatangani Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.
"Memandangkan FAM tidak boleh ditegur, saya putuskan untuk lepaskan jawatan saya sebagai Ahli Jawatankuasa Kewangan (AJK) FAM dan AJK Bola Sepak Wanita FAM.
Sudah hantar kepada FAM
"Saya sudah tandatangani surat peletakan kedua-dua jawatan itu sebaik tiba dari Gaza kelmarin dan ia sudah dihantar kepada FAM pagi tadi (semalam).
"Selain dua jawatan itu, saya bercadang untuk melepaskan jawatan Presiden PFA selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Jawatan itu akan saya serahkan kepada Menteri Besar Perlis," katanya.
Bagi pertuduhan pertama, beliau berdepan tindakan amaran keras, denda maksimum RM50,000 serta hukuman lain ditentukan Jawatankuasa Tatatertib mengikut Kod Tatatertib FAM kerana membuat kenyataan kepada media berkaitan hal ehwal pentadbiran FAM tanpa kebenaran mengikut Artikel 88 Status FAM.
Untuk pertuduhan kedua, beliau berdepan tindakan gantung keahlian minimum dua tahun dan denda maksimum RM10,000 susulan penyiaran artikel sama dengan mempunyai niat menghina atau mengaibkan, menjatuhkan atau mencemar imej mana-mana pegawai FAM.
Bagi pertuduhan ketiga pula, Shahidan melalui artikel sama dituduh membuat kenyataan bercanggah, mempertikaikan, mempersoalkan, atau fakta yang diberikan tidak tepat atau bercanggah atau salah dengan mana-mana keputusan badan persatuan mengikut Artikel 20 Statut FAM 2010-2014.
Bagi pertuduhan ini beliau berdepan hukuman gantung keahlian enam bulan dan denda RM8,000.
Surat berkenaan turut menyatakan Shahidan diberi tempoh sehingga jam 12 tengah hari 8 Februari ini untuk memberi maklum balas.
Anda sedang membaca artikel tentang
Shahidan letak dua jawatan dalam FAM
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/02/shahidan-letak-dua-jawatan-dalam-fam.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Shahidan letak dua jawatan dalam FAM
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Shahidan letak dua jawatan dalam FAM
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar