Jurulatih skuad itu, Ong Kim Swee, berkata tawaran kontrak selama dua tahun itu dibuat sendiri kelab berkenaan kepada dua pemain terbabit tanpa melalui ejen.
Mesti bincang
"Kami perlu teliti dahulu tawaran, berbincang dengan ejen, keluarga dan pemain itu sendiri. Tak guna kami lakukan macam-macam tetapi selepas tujuh bulan, pemain pulang ke tanah air beraksi dengan kelab lain," katanya merujuk kepada kes pemain muda negara, Nazmi Faiz Mansor, 19.
Kim Swee yang kini berada di Gold Coast, bersama Harimau Muda A, berkata, beliau perlu berhati-hati supaya pisang tidak berbuah dua kali.
"Jadi kali ini saya kena lihat dengan siapa kami berbincang mengenai tawaran kontrak yang diterima Wan Zaharulnizam dan Wan Zack," katanya.
Beliau percaya Wan Zaharulnizam dan Wan Zack Haikal akan menyertai FC Ryukyu sebelum liga mereka bermula, Mac depan.
Tak ulangi kesilapan
Sementara itu, Wan Zaharulnizam berjanji tidak akan melakukan apa yang dilakukan Nazmi kerana berasakan peluang beraksi di luar negara sesuatu yang tidak boleh dilepaskan demi kemajuan kariernya.
"Saya takkan buat seperti Nazmi kerana ini memang impian saya dan sudah lama menunggu keputusan dari FC Ryukyu.
"Kalau boleh, saya nak naikkan kedudukan kelab dari divisyen tiga ke divisyen dua. Lagipun keluarga saya sentiasa memberi sokongan dan gembira jika saya dapat beraksi bersama kelab luar negara," katanya.
Ditanya kemungkinan berdepan masalah di Okinawa nanti, Wan Zaharulnizam berkata: "Makanan dan pergaulan tiada masalah, cuma dari segi percakapan susah sikit. Jadi saya kena belajar bahasa Jepun."
FC Ryukyu menduduki tangga ke-9 daripada 17 pasukan divisyen tiga musim lalu.
Anda sedang membaca artikel tentang
Dua anak didik Kim Swee dilamar kelab Jepun
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/02/dua-anak-didik-kim-swee-dilamar-kelab.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Dua anak didik Kim Swee dilamar kelab Jepun
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Dua anak didik Kim Swee dilamar kelab Jepun
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar