Selangor, Tentera kian membara

Written By Unknown on Senin, 18 Februari 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Tumpuan pemain Selangor dan Tentera menjelang pertemuan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam esok hanya untuk meraih mata penuh bagi merebut kedudukan di kelompok teratas Liga Super tanpa mahu mengenang insiden 25 Januari lalu.

Pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam itu, pemain Selangor dan Tentera 'bertempur' sejurus tamat penentuan sepakan penalti yang dimenangi Selangor 3-2.

Bagi pemain sayap kiri Selangor, Raimi Md Nor yang beraksi dalam kesebelasan utama untuk semua aksi musim ini kecuali ketika bertemu Terengganu, tumpuan dia dan rakan sepasukan lebih kepada untuk meneruskan rentak cemerlang yang membawa Selangor ke tangga teratas Liga Super ketika ini.

"Kami semua mahu mengekalkan rentak kemenangan ini dan cuba membuat yang lebih baik berbanding ketika menewaskan Sabah 3-0 (Piala FA, Selasa lalu) dan Kelantan 2-0 (Jumaat lalu).

Tiada dendam

"Mengenai insiden pergaduhan itu, sebenarnya bagi saya tiada apa-apa masalah dan jurulatih pun anggap ia sudah selesai. Kami kini hanya mahu beri fokus dan tumpuan terhadap perlawanan," kata Raimi yang kembali ke Selangor musim ini selepas berkelana ke KL Plus, Sime Darby dan FELDA United.

Sementara itu, kapten Tentera, Hairuddin Omar lebih menganggap pertemuan dengan Selangor penting supaya pasukannya itu tidak terus tercicir mata selepas sekadar seri 1-1 dengan Negeri Sembilan, malam kelmarin.
"Lupakan semua dendam dan apa yang pernah berlaku dalam perlawanan sebelum ini. Bermain secara profesional dan saya harap kedua-dua pasukan akan lebih fokus terhadap perlawanan.

"Selangor adalah pencabar kejuaraan untuk musim ini dan saya harap pasukan dapat bermain baik. Kami perlu waspada kerana sekarang Selangor berada di tahap prestasi terbaik," kata Hairuddin.


Anda sedang membaca artikel tentang

Selangor, Tentera kian membara

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/02/selangor-tentera-kian-membara.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Selangor, Tentera kian membara

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Selangor, Tentera kian membara

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger