Kuala Lumpur: Buat julung kali, edisi ke-18 Le Tour de Langkawi (LTdL) bakal menyaksikan pelumba terbaik tempatan menerima ganjaran berjumlah RM10,000 bagi tiga kategori hadiah yang disediakan dalam jelajah yang bermula, Khamis ini.
Beliau berkata, Raja Pecut akan menerima RM2,500, Raja Bukit (RM2,500) dan juara keseluruhan RM5,000.
Motivasi 16 pelumba
"Tajaan ini bakal menjadi penggalak semangat buat 16 pelumba negara yang terbabit pada jelajah kali ini selepas seorang pelumba tempatan, Ahmad Haidar Anuawar yang mewakili pasukan OCBC Singapura dipinggirkan pada saat akhir berikutan kecederaan," kata Emir selepas majlis pengumuman penajaan TM, semalam.
Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran TM, Datuk Rozalila Abdul Rahman, berkata selepas tahun ke-18 terbabit dalam penajaan LTdL, TM berharap anugerah itu dapat memenuhi objektif dalam melahirkan lebih ramai pelumba negara yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi.
"Kami akan memberikan anugerah ini setiap tahun namun selepas LTdL 2013, kami akan berbincang dan membuat penilaian sama ada perlu untuk memberi anugerah kepada pemenang pada setiap peringkat pada masa akan datang," katanya.
Katanya, anugerah itu juga diharap dapat memainkan peranan dalam mempromosi gaya hidup sihat terutama di kalangan generasi muda dengan mencetuskan minat dalam sukan berbasikal.
INFO: Senarai pelumba tempatan LTdL 2013
Pasukan kebangsaan Malaysia
- Mohd Fauzan Ahmad Lutfi,
Amir Mustafa Rusli,
Muhamad Rauf Nur Misbah,
Mohd Nor Rizuan Zainal,
Yusrizal Usoff,
Muhammad Zulhilmi Afif Ahmad Zamri
Synergy Baku Cycling Project
- Anuar Manan
OCBC Singapura
- Loh Sea Keong
Champion System Pro Cycling Team
- Adiq Hussainie Othman
RTS Racing Team
- Ng Yong Li
Terengganu Cycling Team
- Mohd Harrif Salleh,
Mohd Zamri Salleh,
Mohd Nur Umardi Rosdi,
Nur Amirull Fahruddin Mazuki,
Mohammad Saufi Mat Senan,
Mohd Shahrul Mat Amin
Anda sedang membaca artikel tentang
LTdL tambah ganjaran pelumba tempatan
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/02/ltdl-tambah-ganjaran-pelumba-tempatan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
LTdL tambah ganjaran pelumba tempatan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
LTdL tambah ganjaran pelumba tempatan
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar