TRW gagal ambil peluang

Written By Unknown on Minggu, 24 Februari 2013 | 15.23

Kuantan: Kelantan melepaskan peluang untuk memungut tiga mata biarpun Pahang beraksi dengan 10 pemain apabila kedua-dua pasukan seri 2-2 pada aksi Liga Super di Stadium Darulmkamur, malam tadi.

Walaupun berbaki 30 minit, skuad kendalian Bojan Hodak gagal melakukan penyudah dengan baik untuk merobek benteng Pahang yang kelihatan pincang pada sebelah kiri.

Terdahulu, Kelantan jelas menguasai permainan dan ia dapat disaksikan apabila Keita Mandjou hampir meletakkan pasukannya di depan tetapi tendangannya melepasi palang tuan rumah seawal minit kedua.

Berjaya ditepis keluar

Begitu juga pada minit keenam, Indra Putra Mahyuddin turut memiliki peluang tetapi sepakan kencangnya berjaya ditepis keluar penjaga gol Pahang, Mohd Nasril Nourdin.

Akhirnya penyerang kebangsaan, Norfarhan Muhammad mengubah kedudukan 1-0 apabila tandukannya menerjah gawang untuk menewaskan Nasril pada minit kelapan.

Tuan rumah turut mempunyai peluang keemasan tetapi R Gopinathan dan Mohd Fauzi Rozlan, gagal membolosi gawang lawan masing-masing pada minit ke-20 dan 28.
Impian tuan rumah untuk menyamakan kedudukan menjadi kenyataan apabila pemain tengah, Mohd Hafiz Kamal muncul penjaring pada minit akhir separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan begitu bersungguh-sungguh untuk mendahului lawan masing-masing hingga mencetuskan ketegangan biarpun tuan rumah mempunyai banyak peluang.

Bagaimanapun, pada minit ke-61, tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Hafiz dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain pertahanan Kelantan, Mohd Zamri Ramli.

Biarpun kekurangan seorang pemain, Pahang dilihat tidak menghadapi masalah untuk mengasak kubu lawan manakala Kelantan turut berusaha melepasi pertahanan tuan rumah tetapi ia tidak berhasil.

Pada minit ke-83, tandukan Mandjou menjaringkan gol kedua buat pasukannya tetapi selang seminit kemudian, Fauzi menyamakan kedudukan 2-2 hasil sepakan penalti untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.


Anda sedang membaca artikel tentang

TRW gagal ambil peluang

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/02/trw-gagal-ambil-peluang.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

TRW gagal ambil peluang

namun jangan lupa untuk meletakkan link

TRW gagal ambil peluang

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger