'Perang tetangga' Pantai Timur tetap saji debaran

Written By Unknown on Selasa, 19 Februari 2013 | 15.23

Kota Bharu: Tiada siapa lagi berhak mendabik dada apabila Kelantan dan Terengganu bertembung di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Jika sebelum ini, kedua-dua pasukan turun untuk menentukan siapa sebenarnya jaguh Pantai Timur dan bersaing di puncak persada liga, tetapi kini The Red Warriors (TRW) dan Penyu, sama-sama hampir lemas di dasar liga serta tertekan untuk mencari kemenangan kedua dalam saingan liga selepas enam perlawanan.

Ketua jurulatih Terengganu, E Elavarasan, menyedari perlawanan menentang jiran dan lawan, Kelantan, jauh lebih penting daripada hanya satu perlawanan bola sepak kepada penyokong fanatik kedua-dua pasukan.

"Saya diberitahu 'derby' Pantai Timur antara Terengganu dan Kelantan bagaikan penentuan hidup dengan mati satu masa dulu dan pemenang mendapat hak untuk mendabik dada.

"Kali ini, ia masih seperti penentuan hidup dan mati, cuma bezanya tiga mata yang bakal diperoleh pemenang lebih penting kerana hak mendabik dada tidak mempunyai erti jika pasukan berada di tangga tercorot liga," katanya semalam.

Piya janji aksi terbaik

Sementara itu, kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi mengakui dia dan rakan sepasukan akan turun dengan misi menamatkan kemarau tanpa kemenangan TRW dalam pertembungan 'derby' itu selepas gagal mencipta kemenangan dalam lima perlawanan sebelum ini.
"Kami ada kelebihan beraksi di tempat sendiri dan perlu bermain baik untuk menamatkan kemarau tanpa kemenangan.

"Memang tidak dinafikan saya masih belum cergas sepenuhnya, namun saya tetap bersemangat membantu pasukan. Badi ketumpulan barisan depan harus diatasi segera dan elak daripada terus ketinggalan dalam liga," katanya.


Anda sedang membaca artikel tentang

'Perang tetangga' Pantai Timur tetap saji debaran

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/02/perang-tetangga-pantai-timur-tetap-saji.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

'Perang tetangga' Pantai Timur tetap saji debaran

namun jangan lupa untuk meletakkan link

'Perang tetangga' Pantai Timur tetap saji debaran

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger