Menang tapi Irfan kecewa

Written By Unknown on Rabu, 13 Februari 2013 | 15.23

Kota Kinabalu: Walaupun berjaya membenam Sabah 3-0 dan menjadi pasukan pertama layak ke suku akhir Piala FA, jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim tetap kecewa dengan persembahan anak buahnya.

Bagi jurulatih itu, kemenangan pusingan kedua di Stadium Likas, petang semalam tidak menggambarkan prestasi sebenar anak didiknya.

"Beberapa pemain gagal mempamerkan tahap permainan terbaik. Mereka beraksi agak berhati-hati. Saya kurang pasti, tapi tidak menolak kemungkinan kerana menyimpan tenaga untuk beraksi menentang Kelantan dalam saingan Liga Super selepas ini.

"Apa pun, saya berharap mereka tidak gusar sama ada akan menentang Johor Darul Takzim (DT) atau Kedah pada suku akhir nanti," katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Kejayaan Selangor itu sekali gus meranapkan impian Sabah untuk mencipta kejutan kedua selepas membenam pasukan Liga Super, FELDA United pada pusingan pertama bulan lalu.

Sementara itu, ketua jurulatih Sabah, David McCreery pula mengakui pemainnya hilang tumpuan selepas pelawat menjaringkan gol pertama pada saat-saat akhir separuh masa pertama.

"Pemain saya beraksi dengan baik pada 40 minit pertama perlawanan, namun apabila bertemu pasukan dari Liga Super, pemain tidak boleh melakukan kesilapan mudah dan itulah yang berlaku apabila kami dihukum pemain lawan," katanya.
Dalam pertemuan itu, pemain import dari Liberia, Francis Forkey Doe menjadi wira pasukan Selangor apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-47 dan kemudian sebelum menambah gol peribadi kedua pada minit ke-87 selepas menyudahkan lontaran Mohd Raimi Mohd Nor menewaskan penjaga gol Sabah, Shahril Sa'ari.

Terdahulu itu, gol kedua Selangor diperoleh oleh Mohd Raimi pada minit ke-52.


Anda sedang membaca artikel tentang

Menang tapi Irfan kecewa

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/02/menang-tapi-irfan-kecewa.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Menang tapi Irfan kecewa

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Menang tapi Irfan kecewa

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger