Penyokong TRW trauma ke stadium

Written By Unknown on Selasa, 09 Juli 2013 | 15.23

Telinga saya hampir pekak terkena letupan mercun ketika final Piala FA 29 Jun lalu: Razuki

Pasir Mas: Seorang penyokong Kelantan trauma untuk menyaksikan sebarang perlawanan bola sepak di stadium selepas telinganya hampir pekak akibat terkena letupan mercun ketika aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, 29 Jun lalu.

Telinga kiri Mohammad Razuki Derahman, 40, kini masih berdengung akibat letupan mercun yang dibaling dari aras tiga stadium dalam kejadian jam 10.45 malam itu.

Selain telinga, Mohammad Razuki turut cedera di bahu kiri manakala bajunya koyak.

Dua anak lelakinya, Muhammad Rafiuddin, 21 dan Muhammad Redhauddin, 19, yang turut berada bersamanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rebah selepas letupan

Mohammad Razuki berkata, sebelum kejadian, dia bersama penyokong lain sedang menghitung detik kemenangan TRW kerana perlawanan hanya berbaki beberapa minit lagi untuk tamat.
Bagaimanapun, katanya, ketika mereka bersorak, tiba-tiba satu letupan agak kuat `kedengaran' di bahagian kirinya menyebabkan dia rebah di kerusi penonton.

"Dalam keadaan masih terkejut itu saya terus memeriksa telinga kiri saya kerana letupan mercun yang dilemparkan dari aras tiga itu agak kuat.

"Malah, ketika penonton bersorak, saya langsung tidak dapat mendengar sorakan mereka kerana telinga kiri saya berdengung," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Singgah klinik

Mohammad Razuki berkata, tanpa mempedulikan `pesta' kemenangan The Red Warriors (TRW) itu, dia terus mengajak dua anaknya keluar dari stadium selepas tidak dapat menahan kesakitan sebelum singgah di sebuah klinik di Cheras, Kuala Lumpur pada malam itu juga.

Berikutan telinga kirinya masih berdengung hingga ke hari ini, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas berhubung kejadian itu, pada 2 Julai lalu.

"Apa yang saya kesalkan, selain tindakan `liar' segelintir penyokong TRW, pihak pengurusan stadium dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepatutnya mengambil berat berhubung aspek keselamatan penonton," katanya.


Anda sedang membaca artikel tentang

Penyokong TRW trauma ke stadium

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/07/penyokong-trw-trauma-ke-stadium.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Penyokong TRW trauma ke stadium

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Penyokong TRW trauma ke stadium

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger