Justeru, kapten pasukan, Jalaluddin Jaafar mahu rakan sepasukan bangkit daripada dua kekalahan dan menjadikan pertemuan dengan Tentera sebagai kebangkitan.
Justeru, pemain kelahiran Pekan, Pahang itu dan rakan lain berazam untuk memastikan tiga mata diraih, sekali gus cuba memperbaiki kedudukan dalam Liga Super musim ini.
Tentera terpaksa lupakan trofi juara
"Selepas gagal untuk menempatkan pasukan dalam kelompok tiga pasukan terbaik, lima pasukan terbaik menjadi misi utama tetapi kemenangan ke atas tentera menjadi keutamaan.
"Biarpun prestasi tidak konsisten dipersembahkan, saya percaya kami akan mengutip tiga mata berharga biarpun sedar lawan turut mengidam mata yang sama," katanya semalam.
Sementara itu di Kuala Lumpur, jurulatih Tentera, B Sathianathan, berkata tanpa kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir Tentera terpaksa melupakan hasrat untuk muncul juara kali ini.
Tentera yang satu ketika berada di kedudukan tangga ketiga liga dengan meraih 34 mata ditinggalkan oleh pendahulu Lions XII, Selangor (kedua) dan Johor DT (ketiga) selepas tumpas mengejut kepada Negeri Sembilan 1-0, Selangor (2-1) dan seri dengan Terengganu 1-1.
Masih berpeluang jadi naib juara
Dengan baki dua perlawanan dengan Pahang malam ini dan terakhir dengan Perak, kita masih ada harapan untuk muncul sebagai naib juara liga.
Ini berkemungkinan jika kita menang dalam kedua perlawanan berkenaan, katanya.
Katanya, berdasarkan kepada rekod pertemuan pusingan pertama, Tentera seri dengan Pahang 0-0 dan mengalahkan Perak 4-2.
Bagaimanapun, untuk meraih kemenangan bukan mudah memandangkan kedua-dua pasukan juga memerlukan kemenangan untuk memperbaiki kedudukan dalam liga, katanya.
Anda sedang membaca artikel tentang
Skuad Tok Gajah tekad bangkit benam Tentera
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/07/skuad-tok-gajah-tekad-bangkit-benam.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Skuad Tok Gajah tekad bangkit benam Tentera
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Skuad Tok Gajah tekad bangkit benam Tentera
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar