FAM cetak nombor tempat duduk musim depan

Written By Unknown on Selasa, 02 Juli 2013 | 15.23

Petaling Jaya: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin mencetak nombor tempat duduk pada tiket perlawanan Liga Malaysia (Liga M) musim depan dalam usaha membendung kegiatan ulat tiket dan tiket palsu.

Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S Sivasundram, berkata cadangan itu akan dikaji dan diperhalusi oleh jawatankuasa itu dalam usaha memperbaiki sistem penjualan tiket.

Beliau berkata, FAM memandang serius insiden kekecohan penonton berhubung penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di kedua-dua negeri, beberapa hari sebelum perlawanan Sabtu lalu.

"Apa yang berlaku akan kita jadikan sebagai pengalaman dalam menangani isu berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini, semalam.

Selain kekecohan penonton mendapatkan tiket, penyokong Johor DT dilaporkan mengalami kerugian RM162,600 setelah menjadi mangsa penipuan pihak ketiga yang mendakwa boleh membekalkan sebanyak 3,165 tiket perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sivasundram berkata FAM tidak pernah melantik atau membekalkan tiket secara pukal kepada pihak ketiga, sebaliknya urusan penjualan tiket dikendalikan oleh FAM dan persatuan bola sepak negeri sahaja.

Tidak mungkin tiket sama boleh digunakan dua kali
Ditanya mengenai limpahan penonton pada perlawanan itu berpunca daripada tindakan segelintir penonton yang sudah masuk ke dalam stadium, menyeludup keluar tiket yang sudah digunakan, beliau berkata, tidak mungkin tiket sama boleh digunakan dua kali.

Saya ada memantau situasi itu di sekitar pintu masuk, memang kita ada menahan penonton yang cuba masuk menggunakan tiket yang sudah digunakan.

Setiap tiket akan dikoyakkan apabila penonton masuk ke dalam stadium, jadi jika tiket itu digunakan semula oleh orang lain mereka tidak akan dibenarkan masuk. Saya rasa tiket yang diseludup keluar itu adalah tiket belum digunakan, katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM yang baharu, Datuk Hamidin Mohd Amin, sistem yang dicadangkan itu sudah diperkenalkan di beberapa negara dan tidak salah jika ia diguna pakai di negara ini jika ia memberi kebaikan kepada semua pihak.

"Mungkin pelaksanaan idea ini perlu dilakukan secara berperingkat," katanya. - Oleh Syed Riduan Ahmad


Anda sedang membaca artikel tentang

FAM cetak nombor tempat duduk musim depan

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/07/fam-cetak-nombor-tempat-duduk-musim.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

FAM cetak nombor tempat duduk musim depan

namun jangan lupa untuk meletakkan link

FAM cetak nombor tempat duduk musim depan

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger