'Tiada siapa terlepas'

Written By Unknown on Selasa, 09 Juli 2013 | 15.23

Isu rogol: Polis akan ambil keterangan setiap individu termasuk jurulatih bantu siasatan

Sungai Buloh: Polis akan mengambil keterangan semua individu termasuk jurulatih bagi membantu siasatan kes seorang pegawai pengiring wanita berusia 19 tahun mendakwa dirogol tiga atlet di perkampungan Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, di Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata siasatan masih dijalankan dan mangsa kejadian sudah dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan lanjut.

"Sebahagian keterangan sudah diambil dan ada lagi individu yang belum tampil untuk memberi keterangan. Semua individu terbabit, yang dipercayai berada di lokasi kejadian akan diambil keterangan bagi membantu siasatan.

"Dakwaan dalam kes ini amat serius dan membabitkan integriti individu yang terbabit dalam kejohanan peringkat negara.

"Polis akan membuat tangkapan lagi bergantung kepada perkembangan keterangan dan siasatan," katanya pada sidang media selepas program lawatan Hospital Sungai Buloh (HSB) sempena Hari polis ke-206 di sini, semalam.

Tahan ikut Seksyen 376
Mohd Bakri mengulas laporan akhbar BH kelmarin berhubung seorang atlet wanita berusia 19 tahun membuat laporan polis mendakwa dia dirogol secara bergilir-gilir oleh atlet lelaki bola baling di perkampungan berkenaan.

Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati mangsa terbabit bukan atlet, sebaliknya pegawai pengiring pasukan bola baling Wilayah Persekutuan yang namanya tiada dalam senarai diserahkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN).

Tiga suspek ditahan reman sehingga Khamis ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan setakat kelmarin, lima keterangan sudah diambil bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Deputi Supritendan Lam Chien Fei berkata, pada petang semalam ada saksi yang akan tampil untuk memberi keterangan kepada polis.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, anggota masyarakat harus memberi peluang kepada polis menjalankan siasatan bagi menahan dan mendakwa mereka yang terbabit dalam kes berkenaan.

"Kita memandang serius kejadian itu. Kita sudah tangkap suspek dan biarlah polis siasat," katanya ketika ditemui selepas syarahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 'Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13): Permuafakatan dan Perpaduan Nasional' oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, di Wisma Perwira, di sini semalam.

Ditanya sama ada pegawai dan anggota polis ada ditempatkan di perkampungan berkenaan, beliau berkata memang ada anggota polis ditempatkan di perkampungan itu tetapi aspek keselamatan keseluruhan adalah di bawah tanggungjawab pihak pentadbiran UPM.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, semua pihak harus menunggu siasatan selesai dan tidak harus membuat spekulasi bersifat perkauman berhubung kejadian itu.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mengarahkan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) menggantung serta-merta semua atlet, pegawai, pengurus pasukan dan jurulatih yang melanggar peraturan perkampungan berkenaan.

Katanya, kesalahan itu termasuk membawa masuk minuman keras ke perkampungan sukan berkenaan, selain melakukan jenayah rogol.


Anda sedang membaca artikel tentang

'Tiada siapa terlepas'

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/07/tiada-siapa-terlepas.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

'Tiada siapa terlepas'

namun jangan lupa untuk meletakkan link

'Tiada siapa terlepas'

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger