Kemenangan itu memastikan skuad bimbingan Paul Revington akan beraksi pada penentuan tempat kelima dan keenam menentang Jepun, hari ini untuk memperbaiki kedudukan ranking dunia.
Ia juga memberi keyakinan mempersiapkan diri menjelang saingan Piala Asia di Ipoh, hujung Ogos ini yang menjadi penentu untuk layak ke Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda.
Dalam perlawanan petang semalam, skuad negara bermula garang dan meraih pukulan sudut penalti pada minit ke-14 dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Muhammad Razie Abd Rahim untuk mencipta gol pertama.
Namun Pakistan pantas menyamakan jaringan pada minit ke-16 berpunca dari kelekaan benteng pertahanan negara yang membiarkan Shafqat Rasool yang tidak dikawal mudah menolak masuk menewaskan penjaga gol, Roslan Jamaluddin.
Tiga minit kemudian, pukulan deras Faizal Saari dari luar kawasan D pada minit ke-19 menyaksikan penjaga gol Pakistan Muhammaad Imran tertampan bola ke gawang sendiri untuk meletakkan Malaysia di depan.
Kurang dua minit babak kedua bermula, skuad negara menambah jaringan ketiga apabila gerakan cantik Faizal yang bijak menolak bola tepat kepada Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil mudah menolak bola menewaskan Muhammad Imran dan jaringan itu kekal sehingga tamat perlawanan.
Pemain lebih fokus
"Kita bermula lebih baik berbanding aksi suku akhir menentang Jerman. Pemain lebih fokus dan mengikut arahan taktikal tanpa melakukan kesilapan malah kerap kali pertembungan menentang Pakistan sering sengit dan kali ini jelas memihak kepada Malaysia.
"Menentang Jepun amat penting. Kita ada cara tersendiri dan taktikal berbeza akan digunakan esok (hari ini)," kata Revington.
Anda sedang membaca artikel tentang
Liga Hoki Dunia: Malaysia tewaskan Pakistan
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/07/liga-hoki-dunia-malaysia-tewaskan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Liga Hoki Dunia: Malaysia tewaskan Pakistan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Liga Hoki Dunia: Malaysia tewaskan Pakistan
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar