Kuala Lumpur: Pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal tidak mengharapkan sebarang keajaiban berlaku ketika aksi persahabatan skuad bimbingannya menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC di Stadium Shah Alam, malam esok.
Kalah atau menang, jurulatih berusia 57 tahun itu hanya mahu menjadikan perlawanan berkenaan sebagai ukuran sebenar kemampuan Harimau Malaya ketika beraksi di pentas lebih tinggi.
"Kita juga perlu ingat sekarang adalah bulan Ramadan. Mungkin pemain tidak berada pada tahap terbaik seperti kebiasaan.
Peminat terhibur
"Kita cuma mahu lakukan yang terbaik dan ingin memastikan peminat terhibur dengan corak permainan yang dipamerkan," katanya ketika ditemui semalam.
Kata-kata Rajagobal itu agak berbeza dengan kenyataan Pengurus Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal, kelmarin yang percaya pertemuan skuad negara itu dengan Chelsea FC adalah masa paling sesuai untuk pemain bangkit mencari kemenangan yang bola dibanggakan seluruh rakyat Malaysia.
Pengurus itu berkata, Harimau Malaya pernah mengalahkan pasukan Liga Perdana, Arsenal FC dengan kemenangan 2-0 pada 1975 dan beliau harap skuad negara mampu mengulangi kejayaan sama pada aksi menentang Chelsea FC nanti.
Dalam aksi 2003, Harimau Malaya tewas kepada Chelsea FC 4-1 dan lima tahun kemudian, pada aksi 2008, Malaysia turut tewas 2-0, diikuti kekalahan tipis 1-0 pada pertembungan terakhir 2011 ketika skuad dikendalikan, Ong Kim Swee.
Dapatkan BH Sabtu hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/
Anda sedang membaca artikel tentang
'Tak harap keajaiban'
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/07/tak-harap-keajaiban.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
'Tak harap keajaiban'
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar