Kuala Lumpur: Adakah pengendali skuad Harimau Malaya Datuk K Rajagobal harus mengubah pendiriannya selepas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru, Datuk Hamidin Mohd Amin semalam menegaskan betapa ranking itu penting!
Kenyataan Hamidin itu selepas menyaksikan Malaysia sekadar kekal di ranking ke-159 dunia dalam kemas kini terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kelmarin susulan keputusan Rajagobal membatalkan aksi persahabatan kelas A dengan Singapura, bulan lalu.
Sebelum ini, Rajagobal sering mengulangi pendiriannya betapa ranking tidak penting dan ia turut mendapat sokongan pengurus Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal serta bekas Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.
Dipintas Singapura
"Bagi saya, ranking itu sesuatu yang mustahak kerana ia menggambarkan kedudukan sesebuah pasukan negara di mata dunia dan ia juga boleh memberi kesan jika pemain kita nak beraksi di luar.
"Dengan kedudukan baik di ranking dunia juga, kita lebih mudah untuk mendapatkan lawan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa.
"Jadi selepas ini, saya akan berusaha memastikan skuad Harimau Malaya mendapat lebih banyak perlawanan berstatus A terutama pada tarikh yang ditetapkan FIFA," kata Hamidin ketika dihubungi, semalam.
Semalam, BH Sukan melaporkan biarpun Harimau Malaya kekal di ranking ke-159 dunia, tetapi dipintas oleh pasukan jiran, Singapura yang naik sembilan anak tangga ke ranking ke-156 dunia selepas mendapat tambahan 12 mata hasil kemenangan ke atas Myanmar 2-0 dan Laos 5-2, bulan lalu.
Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/
Anda sedang membaca artikel tentang
Ranking penting Raja!
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/07/ranking-penting-raja.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Ranking penting Raja!
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar