Kim Swee harap derita Harimau Muda berakhir

Written By Unknown on Kamis, 04 Juli 2013 | 15.23

Kazan: Jurulatih skuad bola sepak Malaysia ke Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE), Ong Kim Swee mengharapkan 'derita' yang ditanggungnya kerana hanya berbekalkan 17 pemain tidak bertambah dengan kecederaan baru menjelang aksi pertama, Sabtu ini.

Malaysia dijadual bertemu Itali dalam aksi pertama bertemu di Stadium Olimpik dan Kim Swee tidak mahu masalah kecederaan terus menjadi beban kerana mereka bakal mengharungi lima perlawanan dalam tempoh 10 hari.

Baginya, ketika ini keadaan pasukan boleh dilabelkan 'kritikal' selepas pemain pertahanan tengah, Wan Amirzafran Nadris mengalami kecederaan di saat akhir.

"Dia cedera dan saya harap pemain yang akan diturunkan nanti dapat memberi saingan selain tidak lagi berdepan sebarang masalah kecederaan," kata Kim Swee semalam.

"Amir cedera sehari sebelum bertolak ke Kazan dan setidak-tidaknya perlu berehat kira-kira seminggu... jadi mungkin dia tidak akan diturunkan untuk perlawanan pertama nanti (Itali)."

Mengulas mengenai perlawanan pertama dalam peringkat Kumpulan C bertemu Itali, Kim Swee berkata: "Itali mempunyai latar belakang bola sepak yang bagus dan kami perlu realistik dalam membuat penilaian.

"Kami juga tidak boleh memikirkan satu perlawanan saja, jadi kita fokus satu demi satu," katanya.
Skuad bola sepak dibarisi 14 pemain Harimau Muda A yang berkampung di Slovakia sejak Mac lalu ditambah dengan tiga pemain luar iaitu K Reuben (Tentera), K Prabakaran (Sime Darby) dan Nazirul Naim Che Hashim (FC Ryukyu).

Bagaimanapun, Kim Swee tidak dibenarkan mendaftar maksimum 20 pemain penganjur menolak pendaftaran dua pemainnya, Adam Nor Azlin dan Ariff Farhan Md Isa dengan alasan tidak cukup umur.


Anda sedang membaca artikel tentang

Kim Swee harap derita Harimau Muda berakhir

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/07/kim-swee-harap-derita-harimau-muda.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Kim Swee harap derita Harimau Muda berakhir

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Kim Swee harap derita Harimau Muda berakhir

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger