Nilai dulu prestasi Raja sebelum buat sebarang keputusan: Khairy

Written By Unknown on Rabu, 31 Juli 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menilai sebaik-baiknya prestasi Datuk K Rajagobal sebelum membuat sebarang keputusan terhadap jurulatih kebangsaan itu.

"Kebanyakan pandangan dan kritikan datang dengan niat baik untuk melihat prestasi pasukan kebangsaan meningkat. Kedudukan Rajagobal saya serah kepada FAM untuk membuat keputusan.

"FAM harus membuat penilaian sewajarnya dalam membuat keputusan kerana keutamaan sekarang ialah melihat prestasi lebih baik pasukan kebangsaan pada masa akan datang," katanya semalam.

Semalam BH Sukan melaporkan status Rajagobal selaku ketua jurulatih kebangsaan dijangka dibincangkan esok apabila Jawatankuasa Tetap FAM bersidang.

Peluang terakhir

Setiausaha Agungnya, Hamidin Mohd Amin, berkata mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan serta Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa antara lain akan turut membincangkan kedudukan pengendali berkenaan selaku ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.
Sementara itu, perlawanan terakhir menentang Tokyo Verdy dalam siri latihan di Jepun jam 3 petang waktu Malaysia hari ini adalah peluang terakhir buat skuad kebangsaan untuk membuktikan kemampuan sebenar mereka menjelang pertemuan penting dengan Bahrain dalam kelayakan Piala Asia Oktober ini.

Walaupun hanya beraksi dalam divisyen dua Liga Jepun, asas gaya permainan pantas Jepun bakal memberikan cabaran sukar buat anak buah Rajagobal yang tewas dua perlawanan sebelumnya di tangan Shimizu S-Pulse (2-0) dan Shonan Bellmare (5-0).


Anda sedang membaca artikel tentang

Nilai dulu prestasi Raja sebelum buat sebarang keputusan: Khairy

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/07/nilai-dulu-prestasi-raja-sebelum-buat.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Nilai dulu prestasi Raja sebelum buat sebarang keputusan: Khairy

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Nilai dulu prestasi Raja sebelum buat sebarang keputusan: Khairy

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger