Juara Liga Perdana bergaya tutup saingan

Written By Unknown on Sabtu, 06 Juli 2013 | 15.23

Kota Kinabalu: Juara Liga Perdana, Sarawak melengkapkan saingan musim ini dengan mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menewaskan seteru tetangga Sabah 2-1 di Stadium Likas, semalam.

Kejayaan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 22 perlawanan itu menjadikan skuad Bujang Senang menyamai rekod Kedah yang tidak pernah tewas ketika menjuarai divisyen dua pada 1992. Menariknya, Robert Alberts adalah jurulatih yang membantu kedua-dua pasukan melakar rekod unik itu.

Apapun, menepati status selaku juara, Sarawak memulakan aksi dengan bertenaga apabila lebih banyak melakukan serangan ke kubu tuan rumah sehingga menghasilkan gol pertama menerusi Muamer Salibasic pada minit ke-29.

Sabah bagaimanapun tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Mohd Fazlidin Khalid yang menerima hantaran Zainizam Marjan, melepaskan rembatan kencang dari jarak kira-kira 25 meter untuk menewaskan penjaga gol pelawat, Saiful Amar Sudar pada minit ke-36.

Namun, usaha tuan rumah untuk sekurang-kurangnya mengekalkan kedudukan seri pada babak pertama tidak berhasil apabila bekas pemain Sabah, Bobby Gonzales menjaringkan gol kedua Sarawak pada minit ke-45.

Polis gagal pintas Pos
Di Stadium UiTM Shah Alam, hajat Polis untuk memintas Pos Malaysia di tangga keenam liga sekali gus merebut slot terakhir untuk playoff Piala Malaysia, tidak kesampaian apabila tewas 1-0 di tangan KL SPA.

Di Stadium Selayang, Pos Malaysia tewas 2-0 di tangan naib juara Sime Darby hasil jaringan Fazrul Hazli (m-41 dan 81). Penghuni tangga keenam liga itu akan bertemu FELDA United untuk perebutan slot ke Piala Malaysia, sementara Sabah akan bertemu Negeri Sembilan.

Di Stadium UUM, Sintok, Johor membelasah Perlis 4-0.

Di Stadium Hang Jebat, Melaka, UiTM FC menang 1-0 ke atas penghuni tangga tercorot, NS Betaria.

Di Stadium KLFA Cheras, Kedah menang tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur. Kuala Lumpur dan NS Betaria akan beraksi di Liga FAM musim depan.


Anda sedang membaca artikel tentang

Juara Liga Perdana bergaya tutup saingan

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/07/juara-liga-perdana-bergaya-tutup-saingan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Juara Liga Perdana bergaya tutup saingan

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Juara Liga Perdana bergaya tutup saingan

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger