Kombinasi pemain muda, senior cetus fenomena baru

Written By Unknown on Kamis, 04 Juli 2013 | 15.23

Johor Bahru: Ketua jurulatih Lions XII, V Sundramoorthy, berkata kombinasi barisan pemain muda dan senior skuadnya itu berjaya mencetus fenomena baru kepada bola sepak Singapura.

"Musim ini tiada pemain berstatus naturalisasi atau pemain import beraksi bersama Lions XII sebaliknya tumpuan terarah membentuk barisan pemain yang akan membawa cabaran ke Sukan SEA Myanmar, Disember ini.

"Kebanyakan pemain berusia bawah 23 tahun yang dibantu pemain senior seperti Shahril Ishak, Baihakki Khaizan, Isa Halim dan Fazrul Nazaw.

"Apapun perancangan awal perlu dibuat malah sebelum pemain muda itu ke kejohanan dwi tahunan itu di Myanmar, mereka didedahkan dengan pertandingan kompetitif Liga Malaysia (Liga-M)," katanya selepas skuadnya itu membelasah FELDA United 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam kelmarin.

Tebus kekecewaan musim lalu

Kejayaan itu membolehkan Lions XII menjulang Piala Liga Super 2013 sekali gus menebus kekecewaan musim lalu apabila menamatkan saingan liga di tangga kedua.

Beliau berkata, sasaran utama skuad itu ialah merangkul pingat emas di Sukan SEA Myanmar.
Terpaksa berhempas pulas

Ditanya mengenai kehadiran skuad itu dalam Liga-M dan muncul juara memberi tamparan kepada pasukan lain di Malaysia, Sundramoorthy menganggap barisan pemainnya juga terpaksa berhempas pulas untuk mengecapi kejayaan itu sama seperti pasukan lain.

"Semua pasukan pada saingan Liga-M cukup hebat. Bagi saya kami memberi tamparan kepada pasukan di Malaysia selepas menjuarai Liga Super.

"Kami turut mengharungi saingan liga yang begitu mencabar sekali selain berdepan pelbagai dugaan sama seperti pasukan lain," katanya.

Beliau berkata, menjulang kejuaraan Liga Super sememangnya amat mendebarkan malah mengakui lebih rela beraksi di padang sebagai pemain berbanding menjadi jurulatih kerana dirinya sentiasa dipalit kerisauan sepanjang 90 minit perlawanan.

FAS amat teruja

"Sebaik tamat perlawanan, saya dan seluruh pengurusan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) amat teruja.

"Ternyata pembabitan semula dalam Liga-M sejak musim lalu amat berbaloi kerana prestasi dapat ditingkatkan apabila berdepan dengan pasukan terbaik di Malaysia," katanya.


Anda sedang membaca artikel tentang

Kombinasi pemain muda, senior cetus fenomena baru

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/07/kombinasi-pemain-muda-senior-cetus.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Kombinasi pemain muda, senior cetus fenomena baru

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Kombinasi pemain muda, senior cetus fenomena baru

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger