'Tingkat prestasi menuju Myanmar'

Written By Unknown on Minggu, 14 Juli 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Persembahan memberangsangkan skuad Harimau Muda A di Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) Kazan, Russia disambut baik Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang mahu prestasi itu ditingkatkan menjelang Sukan SEA di Myanmar, Disember ini.

"Ia satu pendedahan yang baik buat skuad kendalian Ong Kim Swee. Pengalaman ini cukup berharga buat pemain muda negara dalam memastikan misi mempertahan ibu emas di Myanmar nanti.

"Untuk itu, pengurusan pasukan perlu pastikan persediaan sehingga Disember nanti mestilah betul supaya tidak ada pemain yang cedera atau tercicir.

"Beberapa faktor lain juga perlu dijadikan pengajaran seperti kad merah yang dikutip pemain pada awal saingan.

"Malaysia selalu begini, sukar mengawal diri di atas padang dan mengutip kad merah tanpa memikirkan diri dan pasukan.

Titik berat kecergasan

"Perkara sama berlaku di Sukan Asia Guangzhou apabila dua pemain dilayang kad merah ketika menentang China. Soal kecergasan juga perlu dititik berat, jangan sampai selepas satu perlawanan keletihan mula menjadi penghalang," katanya ketika dihubungi semalam.
Saranan Zolkples wajar diberi perhatian serius oleh Kim Swee yang perlu menyediakan skuad terbaik menjelang Sukan SEA bagi memastikan ibu emas temasya itu kekal dalam genggaman.

Kim Swee perlu mengumpul barisan pemain terbaiknya sebaik pulang dari Kazan dan mengekalkan skuad utamanya dalam tempoh tiga bulan terakhir sehingga saingan di Myanmar bermula.

Selain tonggak Harimau Muda, pemain muda dari kelab dan negeri juga perlu menjalani latihan intensif di bawah kendalian Kim Swee bagi menyesuaikan diri dengan corak dan rentak permainan diterapkan pengendali itu.


Anda sedang membaca artikel tentang

'Tingkat prestasi menuju Myanmar'

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/07/tingkat-prestasi-menuju-myanmar.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

'Tingkat prestasi menuju Myanmar'

namun jangan lupa untuk meletakkan link

'Tingkat prestasi menuju Myanmar'

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger