Pandelela mohon maaf

Written By Unknown on Sabtu, 27 Juli 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: "Minta maaf rakyat Malaysia." Itulah ucapan yang mampu dituturkan ratu terjun negara, Pandelela Rinong apabila sekadar menamatkan saingan di kedudukan keenam dalam final acara 10 meter platform individu di Kejohanan Dunia Barcelona, kelmarin.

Sebenarnya, Pandelela masih boleh berbangga kerana berada di kedudukan keenam terbaik dunia dan meraih gangsa ketika berpasangan dengan Lee Mun Yee, namun, baginya itu bukan sesuatu yang diharapkan.

"Sekarang ini, saya sangat sedih. Tidak ada apa lagi yang saya nak cakapkan kecuali minta maaf kepada semua yang mengharapkan kejayaan daripada saya.

Dipotong 14 mata

"Saya mengaku melakukan kesilapan pada terjunan keempat selepas apa yang berlaku di terjunan ketiga," katanya yang memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 London dan tempat kelima Kejohanan Dunia di Rome 2009 dan Shanghai 2011.

Pandelela mengumpul keseluruhan 334.55 mata dalam acara yang menyaksikan penerjun 14 tahun dari China, Si Yajie meraih emas menewaskan rakan senegara yang juga pemenang dua pingat emas di Olimpik London, Chen Ruolin di tempat kedua.
Dalam acara final itu, Pandelela bermula dengan persembahan meyakinkan apabila memperoleh 70.50 mata dan 76.80 mata pada terjunan berikutnya untuk memburu sekurang-kurangnya pingat gangsa namun kesilapan pada terjunan ketiga menyebabkan dia terpaksa mengulangi terjunan dan menyebabkan dia dipotong 14 mata dan berpuas hati dengan 54.50 mata.

Persembahan berikut Pandelela terus menjunam pada terjunan keempat apabila sekadar mengumpul 56.00 mata dan menyebabkan kedudukannya yang sebelum itu di tempat ketiga, jatuh hingga ke tempat enam.

Pandelela kemudian bangkit dengan memperoleh 76.80 mata pada terjunan terakhir namun tidak dapat meningkatkan kedudukan dan terpaksa berpuas hati dengan kedudukan keenam.


Anda sedang membaca artikel tentang

Pandelela mohon maaf

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/07/pandelela-mohon-maaf.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Pandelela mohon maaf

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Pandelela mohon maaf

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger