Perarakan peraga trofi, Rabu ini

Written By Unknown on Senin, 01 Juli 2013 | 15.23

Kota Bharu: Hasrat penyokong Kelantan mahu melihat Piala FA diarak sebaik saja Kelantan menjuarai piala itu musim ini tidak kesampaian, apabila ia hanya akan dilakukan pada Rabu ini.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim, berkata trofi itu dijangka tiba di Kota Bharu, Rabu ini memandangkan skuad The Red Warriors (TRW) terpaksa ke Perak terlebih dulu bagi menghadapi perlawanan Liga Super menentang skuad Seladang, malam esok.

"Pemain serta pegawai skuad TRW terpaksa melupakan sementara hasrat untuk mengarak piala berkenaan kerana perlu menentang Perak, di Stadium Indra Mulia, Ipoh. Kami masih mempunyai misi penting untuk berada dalam kelompok lima pasukan terbaik Liga Super.

Selepas aksi menentang Perak

"TRW akan berlepas dari Kuala Lumpur ke Stadium Perak, Ipoh pagi ini dan dijangka bertolak balik dari Ipoh ke Kota Bharu pada Rabu sebaik selesai menentang Perak nanti," katanya ketika dihubungi, semalam.

Azman yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), berkata skuad TRW sememangnya tidak sabar untuk membawa balik Piala FA ke bumi Kelantan namun disebabkan faktor jadual yang padat, piala berkenaan terpaksa dibawa pulang lewat sedikit.

"Saya amat berharap seluruh penyokong setia TRW menunggu ketibaan Piala FA dengan penuh sabar dan pada masa yang sama terus memberi sokongan kepada Kelantan dalam mengharungi perlawanan malam esok," katanya.


Anda sedang membaca artikel tentang

Perarakan peraga trofi, Rabu ini

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/07/perarakan-peraga-trofi-rabu-ini.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Perarakan peraga trofi, Rabu ini

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Perarakan peraga trofi, Rabu ini

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger