'Bos baru BAM perlu tegas'

Written By Unknown on Sabtu, 20 Juli 2013 | 15.23

Jangan biar diri dikawal pihak tidak bertanggungjawab: Jalani

Kuala Lumpur: Tidak kira siapa pun yang dipilih menjadi Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), mereka perlu mengelak daripada dikawal oleh pihak tertentu dalam badan induk itu yang mempunyai agenda peribadi masing-masing.

Bekas pakar beregu negara, Jalani Sidek (gambar) percaya perkara itu wujud sejak sekian lama dan menjadi salah satu punca mengapa arena sukan badminton tanah air ketika ini meniti zaman kegelapan.

"Presiden baru yang dilantik nanti perlu bertindak tegas. Jangan biarkan diri dikawal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini kerana ia hanya akan mendatangkan kesan negatif terhadap pembangunan sukan badminton negara.

Masalah kronik

"Tanggungjawab sebagai presiden besar apatah lagi mengambil alih tampuk pimpinan dalam keadaan BAM ketika ini mengalami pelbagai masalah yang disifatkan sebagai kronik. Sebab itu, siapa yang dipilih nanti perlu ada sifat kepimpinan yang tegas.

"Tugas utama presiden baru nanti, mereka perlu teliti setiap masalah yang timbul dan menyelesaikannya terutama mengapa badan induk itu gagal melahirkan pemain bertaraf dunia seperti Lee Chong Wei (jaguh perseorangan negara)," kata Jalani ketika dihubungi kelmarin.

Perubahan drastik CTC

Menurut Jalani, jawapan terhadap persoalan mengapa BAM gagal melahirkan pemain berkualiti seperti Chong Wei akan terjawab dengan presiden baru nanti membubarkan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) ketika ini dan digantikan dengan orang baru yang lebih pakar mengenai sukan badminton terutama dalam kalangan bekas pemain negara.

"Kegagalan BAM melahirkan pemain berkualiti adalah tanggungjawab CTC kerana jawatankuasa itu gagal menghasilkan program yang berkesan.

"Malah, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah (Timbalan Presiden BAM) sebelum ini turut menyatakan bahawa presiden baru nanti perlu melakukan perubahan drastik terhadap CTC yang disifatkan nadi dalam BAM. Jelas, kenyataan itu membuktikan yang CTC memang mempunyai masalah," kata Jalani.

BAM akan mengadakan pemilihan kepimpinan baru sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu 27 Julai ini. Tumpuan pasti terarah terhadap perebutan jawatan presiden selepas penyandang ketika ini, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh enggan mempertahankan jawatan itu selepas dilantik sebagai Presiden Persatuan Badminton Asia (BAC) Mac lalu.


Anda sedang membaca artikel tentang

'Bos baru BAM perlu tegas'

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/07/bos-baru-bam-perlu-tegas.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

'Bos baru BAM perlu tegas'

namun jangan lupa untuk meletakkan link

'Bos baru BAM perlu tegas'

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger