FAM akui belum bayar elaun pengadil liga KPM

Written By Unknown on Rabu, 03 Juli 2013 | 15.23

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui masih belum membuat bayaran elaun kepada sejumlah kecil pengadil tempatan yang bertugas di Piala Liga Bola Sepak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana tuntutan yang dihantar tidak lengkap.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Kol Abdul Rani Abdul Rahim, berkata masalah itu menyukarkan pihaknya untuk membuat bayaran dan kini sedang berusaha menghubungi mereka untuk mendapatkan butiran.

"Kita sudah membuat bayaran, cuma ada sekumpulan kecil daripada mereka yang masih belum menerima bayaran kerana tuntutan yang dibuat tidak lengkap.

Sepatutnya, mereka terus tanya FAM melalui jawatankuasa pengadil dan bukannya menerusi media." Kol Abdul Rani Abdul Rahim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM


"Ia bukan disengajakan dan masalah itu sedang kami selesaikan sekarang. Kami sedang berusaha menghubungi mereka untuk mendapatkan butiran yang diperlukan," katanya ketika dihubungi semalam.

Tidak berani bertanya

Beliau mengulas dakwaan seorang pembaca menerusi ruangan R@kan BH semalam mengenai pengadil yang bertugas di Piala Liga Bola Sepak KPM pada 2012 masih belum menerima bayaran elaun daripada FAM.

Pembaca itu berkata semua ketua pengadil negeri tidak berani bertanya sebab bimbang dikenakan tindakan.
Sehubungan itu, katanya sebelum FAM berhasrat melaksanakan pengadil profesional sepenuh masa, badan induk bola sepak negara itu perlu menyelesaikan bayaran elaun pengadil Piala Liga Bola Sepak KPM terlebih dahulu.

Abdul Rani berkata, pihaknya tidak pernah lepas tangan dan bersedia menerima sebarang pertanyaan daripada pengadil yang masih belum menerima bayaran.

"Majoriti sudah dapat bayaran dan kita juga sedang berusaha menghubungi mereka yang belum mendapat bayaran.

"Sepatutnya, mereka terus tanya FAM melalui jawatankuasa pengadil dan bukannya menerusi media," katanya.


Anda sedang membaca artikel tentang

FAM akui belum bayar elaun pengadil liga KPM

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/07/fam-akui-belum-bayar-elaun-pengadil.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

FAM akui belum bayar elaun pengadil liga KPM

namun jangan lupa untuk meletakkan link

FAM akui belum bayar elaun pengadil liga KPM

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger