Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara (MSN) mempertahankan betapa kawalan keselamatan atlet di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) sentiasa dikawal ketat dengan mendapat kerjasama polis.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zolkples Embong berkata malah Universiti Putra Malaysia (UPM) sendiri menambah pengawal keselamatan mereka dan membuat rondaan dengan lebih kerap di perkampungan sukan.
Tak boleh periksa
"Kes ini berlaku bukan di luar di mana pengawal keselamatan boleh pantau sebaliknya terjadi di dalam bilik penginapan.
"Kita tidak boleh hendak membuat pemeriksaan di setiap bilik pada setiap masa melainkan ada berlaku kekecohan atau bising," kata Zolkples ketika sidang media di Pusat Media SUKMA di Dewan Komanwel MSN Bukit Jalil, semalam.
Akhbar BH di muka depan semalam melaporkan dakwaan seorang atlet bola baling yang mengambil bahagian pada SUKMA 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan, Rabu lalu.
Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan Kolej Kedua universiti berkenaan. Tiga atlet ditahan polis kelmarin bagi membantu siasatan.
Tidak baik
Bagaimanapun, Zolkples yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur SUKMA tahun ini menjelaskan bahawa dakwaan mengatakan mangsa adalah atlet adalah tidak benar kerana dia adalah seorang pegawai tambahan (cheperon) pasukan bola baling wanita Wilayah Persekutuan yang namanya tidak berada dalam senarai diserahkan kepada MSN.
"Ini adalah pertama kali berlaku dalam sejarah penganjuran SUKMA dan ia memang sesuatu yang tidak baik untuk temasya ini. Saya tidak mahu komen lanjut kerana kes ini sudah menjadi siasatan polis," kata Zolkples sambil menasihatkan ibu bapa agar tidak bimbang dengan penyertaan anak mereka pada temasya SUKMA akan datang.
Anda sedang membaca artikel tentang
MSN pertahan kawalan ketat
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2013/07/msn-pertahan-kawalan-ketat.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
MSN pertahan kawalan ketat
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar