Frenz Malaysia A rampas tangga kedua Kumpulan A

Written By Unknown on Sabtu, 06 Juli 2013 | 15.23

Bentong: Frenz Malaysia A merampas kedudukan kedua Kumpulan A Kejohanan Piala ASEAN FAM-Frenz B-15 daripada wakil Vietnam, PVF FA hasil kemenangan 2-0 ke atas Chonburi FC (Thailand) pada perlawanan tunggal di Stadium Frenz, Janda Baik malam tadi.

Walaupun tewas, Chonburi terus kekal di puncak Kumpulan A dengan 13 mata, dengan kelebihan satu mata dan kedudukan itu mungkin berubah sekiranya PVF FA berjaya menewaskan Singapura NFA pada perlawanan yang berlangsung, petang ini.

Semangat anak buat Mat Dinos Talib begitu memuncak untuk mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan dan hanya memerlukan dua minit untuk mendahului perlawanan hasil ledakan Muhammad Naim Abd Razak.

Cubaan Chonburi gagal tepati sasaran

Diberi tentangan sengit oleh pasukan lawan, benteng pertahanan tuan rumah tetap utuh menafikan impian Chonburi mendapatkan jaringan penyamaan sebaliknya pada masa kecederaan babak pertama, Mohd Akhmar Haiqal Azhar terus menambah derita Chonburi dengan jaringan kedua buat Frenz Malaysia A.

Walaupun memiliki banyak peluang terbaik untuk menjaringkan gol, Chonburi terus kecewa apabila banyak usaha yang diatur tidak menepati sasaran untuk memastikan tiga mata penuh buat Frenz Malaysia A.


Anda sedang membaca artikel tentang

Frenz Malaysia A rampas tangga kedua Kumpulan A

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2013/07/frenz-malaysia-rampas-tangga-kedua.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Frenz Malaysia A rampas tangga kedua Kumpulan A

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Frenz Malaysia A rampas tangga kedua Kumpulan A

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger