Berlumba cara profesional: Zulfahmi

Written By Unknown on Minggu, 04 November 2012 | 15.23

Sepang: "Merempit (lumba haram) bukan caranya, berlumbalah secara profesional," kata pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin mengenai peluang remaja untuk membabitkan diri dalam sukan permotoran.

Ketika ini, katanya kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan promoter lain menyediakan banyak peluang untuk berlumba dan memulakan karier sebagai pelumba.

"Memanglah seronok mendapat sorakan bila melakukan aksi-aksi berani … tetapi, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, tidak guna menyesal. Tanggunglah sendiri … tiada siapa yang peduli," kata Zulfahmi di majlis pertemuan dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai dan SMK Kelapa Sawit, Johor di SIC, semalam.

"Memanglah seronok mendapat sorakan bila melakukan aksi-aksi berani … tetapi, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, tidak guna menyesal. Tanggunglah sendiri … tiada siapa yang peduli," Muhammad Zulfahmi Khairuddin, pelumba Moto3 negara


Kunjungan mereka bersempena dengan Pusingan 4 perlumbaan SIC Ninja 250 Cup di mana dua pelumba yang bertanding – Siti Norafizah Mohamad dan Has Fauzan Hassan adalah pelajar SMK Kebangsaan Kelapa Sawit dan SMK Kota Masai.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata program SIC Ninja 250 Cup, yang diperkenalkan tahun ini, akan dikembangkan lagi tahun depan untuk membuka lebih banyak peluang kepada pelumba muda negara.

"Tahun ini kita ada 20 motosikal disediakan Kawasaki. Kita akan tambah 10 lagi tahun depan kerana sambutan menggalakkan terutama selepas kejayaan GP Malaysia baru-baru ini," katanya.

Selain itu, SIC juga menganjurkan SIC-MAM Kapcai Endurance Series dengan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) untuk mencungkil bakat baru.


Anda sedang membaca artikel tentang

Berlumba cara profesional: Zulfahmi

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/11/berlumba-cara-profesional-zulfahmi.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Berlumba cara profesional: Zulfahmi

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Berlumba cara profesional: Zulfahmi

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger