KL hampir ke separuh akhir

Written By Unknown on Kamis, 22 November 2012 | 15.23

Seremban: Kuala Lumpur hampir pasti layak ke separuh akhir selepas menang bergaya menewaskan Pahang, 4-1, untuk mengungguli Kumpulan A, pada Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun KHM-MSN-Milo-KPM Kebangsaan 2012, di Stadium Hoki Seremban 2, semalam.

Juara bertahan itu kini mengumpul 10 mata hasil tiga kemenangan dan satu seri selepas sebelum ini menewaskan Selangor dan Perlis serta seri dengan Johor.

Ketinggalan 1-0, di babak pertama, pemain skuad ibu kota menemui rentak di babak masa kedua untuk menang bergaya, 4-1 dan kini misi untuk mempertahankan kejuaraan tampak meyakinkan walaupun bakal berdepan Kelantan pada perlawanan terakhir, esok.

Muhammad Fitri Khairul Ariffin muncul wira Kuala Lumpur apabila melakar hatrik pada minit ke-59, 61 dan 70 selepas Wan Haziq Hisyamuddin Wan Ameer Ruzman menjaringkan gol pertama pada minit ke-47, manakala gol Pahang Jamal Abdul Hassan, minit ke-34.

Jurulatih Kuala Lumpur, Noorazli Ishak memuji persembahan anak buahnya apabila mereka mempamerkan persembahan cemerlang terutama pada separuh masa kedua walaupun tersentak dengan jaringan pemain lawan pada separuh masa pertama.

"Saya berharap pemain tidak hilang fokus dan cepat berasa puas hati dengan kemenangan dan mengekalkan persembahan terbaik mempertahankan rekod tanpa kalah," katanya.

Dalam saingan Kumpulan B, menyaksikan Pulau Pinang mengganas apabila membelasah Melaka, 7-0, sekali gus menjadi pencabar terdekat kepada Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Naib juara tahun lalu, Terengganu terkeluar daripada perebutan empat pasukan terbaik apabila sekadar seri 1-1 dengan Kedah.


Anda sedang membaca artikel tentang

KL hampir ke separuh akhir

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/11/kl-hampir-ke-separuh-akhir.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

KL hampir ke separuh akhir

namun jangan lupa untuk meletakkan link

KL hampir ke separuh akhir

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger