Perancangan hoki KL harus jadi contoh

Written By Unknown on Selasa, 27 November 2012 | 15.23

Seremban: Persembahan mantap daripada segi skil dan kawalan bola baik dipamerkan pemain pada Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun KHM-MSN-Milo-KPM Kebangsaan 2012, di Stadium Hoki Seremban 2, yang berakhir kelmarin, membuktikan negara tidak ketandusan pemain pelapis berbakat yang mampu mengambilalih tempat pemain skuad senior pada masa depan.

Pemain seperti Wan Haziq Hisyamuddin Wan Ameer Ruzman, K Thevendran, Muhamad Syafiq Hassan dan Fallah Hassan Shahrom Jamil dari Kuala Lumpur, Muhamad Haikal Safaruddin dan George Dylan (Johor) selain Mohd Najmi Hayazi (Perak) dan Mahathir Rathuwan (Negeri Sembilan) adalah antara beberapa pemain yang menyerlah sepanjang 10 hari kejohanan itu.

Mereka wajar diberikan bimbingan berterusan bagi memastikan bakat yang tinggi nilainya itu tidak hilang begitu saja.

Ibu bapa, jurulatih ada peranan

Kejayaan Kuala Lumpur menjulang kejuaraan selama tujuh tahun berturut-turut membuktikan usaha dan perancangan persatuan hoki ibu kota itu wajar dicontohi dalam melahirkan pemain berbakat di peringkat akar umbi.

Ini jelas seperti mana dinyatakan pengurus Kuala Lumpur, Ali Sulaiman bahawa kejayaan yang dicapai itu bukan datang dengan mudah sebaliknya ia hasil kerjasama dan kerja keras banyak pihak termasuk ibu bapa, jurulatih dan komitmen pemain itu sendiri.

"Walaupun pemain hanya dapat dikumpulkan dalam tempoh dua minggu sebelum kejohanan tetapi sebenarnya mereka sudah membuat persiapan latihan lebih awal lagi dengan dipantau pegawai persatuan. Ini membolehkan prestasi pemain dapat dikekalkan di tahap yang baik," katanya.


Anda sedang membaca artikel tentang

Perancangan hoki KL harus jadi contoh

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/11/perancangan-hoki-kl-harus-jadi-contoh.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Perancangan hoki KL harus jadi contoh

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Perancangan hoki KL harus jadi contoh

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger