Hafiz harap tuah rebut mahkota Wira

Written By Unknown on Rabu, 28 November 2012 | 15.23

Kuala Lumpur: Mohd Hafiz Nor Azman mengharapkan tuah menyebelahinya bagi merangkul Juara Keseluruhan kategori Wira menjelang pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang pada 1 dan 2 Disember ini.

Pelumba Team Mos Track Pro Yamaha Racing itu saling bertukar kedudukan pendahulu sepanjang musim ini bersama pencabar utama, Fakhrusy Syakirin Rostam (AAP Mazoil Armstrong Motorsport)

Setakat tujuh pusingan, Hafiz berada di tangga teratas sebelum Fakhrusy merampas gelaran apabila dia berjaya menjuarai Pusingan 7 di Kluang dan kemudian melebarkan kedudukan dengan memenangi Pusingan 8 di Melaka.

Namun dalam usaha mencatat kemenangan hatrik di Pusingan 9 di Litar Sepang, Fakhrusy terjatuh pada sesi kelayakan dan gagal layak ke perlumbaan akhir.

Mengutip 165 mata

Situasi itu membuka ruang buat Hafiz yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat kembali menerajui kedudukan teratas dengan kutipan 165 mata.

Fakhrusy jatuh ke tangga kedua dan ketinggalan enam mata manakala Tengku Amirul Haffiruddin (Motul Yamaha YY Pang) di tangga ketiga dengan 123 mata.
"Ketika di Sepang, saya jangkakan Fakhrusy akan melebarkan kedudukan di tangga teratas. Catatan masanya cukup pantas dan sukar dikejar.

"Malangnya, dia terjatuh ketika sesi kelayakan. Apa saja boleh berlaku dan ini menjadi peringatan supaya berhati-hati di Batu Kawan nanti," jelas Hafiz.

"Saya mungkin dilihat agak konsisten berada podium, namun Fakhrusy lebih agresif.


Anda sedang membaca artikel tentang

Hafiz harap tuah rebut mahkota Wira

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/11/hafiz-harap-tuah-rebut-mahkota-wira.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Hafiz harap tuah rebut mahkota Wira

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Hafiz harap tuah rebut mahkota Wira

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger