Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata keputusan melantik Irfan memegang kedua-dua jawatan berkenaan bagi memudahkan pengendali berpengalaman itu menguruskan perjalanan pasukan.
"Kami harap dengan kehadiran lebih separuh muka baru dapat memberi nafas baru kepada pasukan Selangor untuk kembali menjulang trofi kejuaraan pada musim depan," kata Hamidin ketika dihubungi, semalam.
Tampil 11 muka baru
Musim ini adalah musim sulung Irfan, 61, bersama Selangor menyaksikan bekas jurulatih Terengganu itu hanya memegang peranan sebagai ketua jurulatih manakala tugas pengurus pasukan digalas Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad.
Dalam pada itu, senarai 23 nama pemain yang dikeluarkan FAS semalam hampir 90 peratus tepat seperti apa yang dilaporkan BH Sukan pada 25 Oktober lalu.
Senarai itu menampilkan 11 muka baru dan 12 muka lama.
Barisan 11 pemain baru diketuai trio Terengganu - penjaga gol Sharbinee Allawee Ramli (gambar), Shukur Jusoh serta penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe.
Baki lapan lagi pemain baru - Mahali Jasuli dan V Kavichelvan dari Harimau Muda A, S Kunanlan (Negeri Sembilan), Afiq Azmi (Kuala Lumpur), S Veenod (USM FC), Ramzul Zahini Adenan (Kelantan), Raimi Md Nor (Felda United) dan Fairuz Abdul Aziz (Sime Darby).
"Masih ada dua kekosongan tetapi kami berasakan buat masa ini 23 pemain sudah cukup.
Keputusan sama ada Selangor akan beraksi pada Piala AFC 2013 pula akan diputuskan AFC pada 28 November ini.
"Selepas itu baru kami akan fikirkan mengenai pengambilan pemain import tambahan untuk Piala AFC," katanya.
INFO: Senarai pemain Selangor 2013
Penjaga gol: Norazlan Razali (21), Fairul Azwan Shahrullai (1), Sharbinee Allawee Ramli (25).
Pertahanan: Ramez Dayoub (5), Nasriq Baharom (6), Asraruddin Putra Omar (4), Bunyamin Umar (12), Adib Aizuddin Latif (7), Mahali Jasuli (18), Fairuz Abdul Aziz (3).
Tengah: K Gurusamy (15), Fitri Shazwan Raduwan (24), Solihin Kanasian (9), S Veenod (23),
S Kunanlan (16), Shukur Jusoh (8), V Kavichelvan (2), Raimi Md Nor (13).
Penyerang: Amri Yahyah (17), Wan Hoesne Wan Hussain (19), Francis Forkey Doe (10), Afiq Azmi (11), Ramzul Zahini Adenan (22).
* Nombor jersi dalam kurungan
Anda sedang membaca artikel tentang
Selangor umum skuad 2013
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/11/selangor-umum-skuad-2013.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Selangor umum skuad 2013
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar