Harimau Muda lulus ujian getir: Kim Swee

Written By Unknown on Minggu, 04 November 2012 | 15.23

Kuala Lumpur: Harimau Muda menamatkan saingan Liga Singapura dengan kekalahan 1-0 di tangan juara musim ini, Tampines Rovers yang memerlukan sepakan penalti untuk membolosi gawang skuad kendalian Ong Kim Swee.

Skuad muda negara kini masih di tangga ketiga liga tetapi Kim Swee dan anak buahnya perlu menanti keputusan perlawanan antara Albirex Niigata - dibezakan hanya dengan jaringan gol - dengan Gombak United malam ini.

Harimau Muda yang dinobatkan sebagai pasukan terbaik tahun ini oleh sebuah akhbar tempatan negara jiran itu, sepatutnya mampu bersaing untuk kejuaraan tetapi kehilangan tonggak utama - sama ada kerana kecederaan atau dipanggil bagi tugasan skuad kebangsaan - menyebabkan beberapa perlawanan penting terpaksa diharungi dengan skuad tempang.

Pada perlawanan di Stadium Jalan Besar kelmarin, Kim Swee kehilangan tujuh tonggak utamanya apabila Fandi Othman, Affize Faisal dan Thamil Arasu mengalami kecederaan, manakala empat pemain bersama pasukan kebangsaan di Vietnam.

Misi pertahan emas

Namun, barisan pemain simpanan termasuk pemain muda, Ariff Farhan Mat Isa menampilkan aksi cemerlang menyaingi bintang berpengalaman Tampines yang terpaksa bekerja keras sepanjang permainan untuk memastikan tiga mata dikutip bagi mengesahkan kejuaraan musim ini.

"Pemain saya lulus ujian apabila berjaya menangani tekanan dalam situasi getir penentuan kejuaraan seperti ini, tetapi pengadil gagal ujian kami," kata Kim Swee berkenaan aksi perlawanan terakhir liga kelmarin.


Anda sedang membaca artikel tentang

Harimau Muda lulus ujian getir: Kim Swee

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/11/harimau-muda-lulus-ujian-getir-kim-swee.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Harimau Muda lulus ujian getir: Kim Swee

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Harimau Muda lulus ujian getir: Kim Swee

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger