Thailand bermula garang

Written By Unknown on Minggu, 25 November 2012 | 15.23

Bangkok: Juara tiga kali, Thailand memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri apabila menewaskan Filipina 2-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan A Piala Suzuki AFF di Stadium Rajamangala, malam tadi.

Kali terakhir merangkul kejuaraan pada 2002, Thailand mula mengasak seawal minit pertama tampak sukar mengatasi Filipina yang dibarisi pemain naturalisasi sebelum memecah kebuntuan pada minit ke-38 menerusi Jakkapan Pornsai.

Berdepan asakan bertali arus Filipina, Thailand yang mendapat sokongan penonton sendiri terus menambah tekanan dengan jaringan kedua, dua minit kemudian menerusi pertahanan, Anucha Kitpongsri yang bijak menewaskan beberapa pertahanan sebelum melepaskan rembatan ke gawang.

Begitupun, Filipina tidak cepat mengalah dan berjaya memperoleh gol tunggal menerusi jaringan Paul Mulders pada minit ke-76, namun Thailand kukuh bertahan untuk meraih tiga mata berharga.

Dalam perlawanan terdahulu, juara pusingan kelayakan, Myanmar mencipta kejutan apabila berjaya mengikat juara 2008, Vietnam 1-1.

Begitupun, Vietnam terlebih dulu di depan menerusi tandukan menarik Le Tan Tai hasil sepakan sudut pada minit ke-34 sebelum Myanmar menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Kyi Lin selepas dia sendiri dijatuhkan pertahanan Vietnam pada minit ke-53.

Perlawanan berikutnya, Selasa ini, Vietnam akan bertemu Filipina manakala Myanmar berdepan Thailand.


Anda sedang membaca artikel tentang

Thailand bermula garang

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/11/thailand-bermula-garang.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Thailand bermula garang

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Thailand bermula garang

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger