Podium di Qatar sandaran Fitri 'tawan' Batu Kawan

Written By Unknown on Selasa, 27 November 2012 | 15.23

Kuala Lumpur: Gelaran juara pada pusingan terakhir Piala Impian Asia (ADC) yang berakhir di Qatar, Sabtu lalu menjadi pembakar semangat buat pelumba muda terbaik Cub Prix 2012, Mohd Fitri Ashraf Razali untuk menghadapi perlumbaan terakhir kategori CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Batu Kawan 1 dan 2 Disember ini.

Ketika kelompok besar pelumba di hadapan melepasi selekoh terakhir untuk menuju ke garisan penamat, pelumba 18 tahun itu dapat meloloskan diri dan akhirnya berjaya memecut bersendirian ke garisan penamat buat meraih gelaran juara.

Dia merakamkan catatan keseluruhan 18 minit 05.526 saat di hadapan pelumba Thailand, Kanatat Jaiman dan pelumba Indonesia, Iswandi Muis yang menamatkan perlumbaan dengan masa 18:05.7024s dan 18:05.703s.

Bakar semangat

Namun hasrat Fitri meneruskan aksi sama pada Perlumbaan 2 tidak kesampaian apabila sekadar tamat di tempat keenam. Perlumbaan malam berkenaan sebaliknya dimenangi pelumba Australia, Joshua Hook dengan masa 18'00.916s manakala Iswandi kedua, 18'01.130s dan pelumba Jepun, Hiroki Ono ketiga, 18'01.150s.

"Perlumbaan minggu ini sangat sengit namun saya puas," kata Fitri yang mengakui penyertaan dalam saingan ADC yang dijalankan serentak dengan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS membawa lonjakan besar dalam kerjaya perlumbaan dirinya.

Penuh dengan pengalaman menggembirakan sepanjang minggu ini, Fitri berharap ia akan berterusan dalam Kejuaraan Cub Prix di Batu Kawan minggu ini.


Anda sedang membaca artikel tentang

Podium di Qatar sandaran Fitri 'tawan' Batu Kawan

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/11/podium-di-qatar-sandaran-fitri-tawan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Podium di Qatar sandaran Fitri 'tawan' Batu Kawan

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Podium di Qatar sandaran Fitri 'tawan' Batu Kawan

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger