United 'amuk'

Written By Unknown on Jumat, 09 November 2012 | 15.23

Braga: Manchester United muncul pasukan ketiga mengesahkan tempat ke pusingan kedua kalah mati Liga Juara-Juara selepas menewaskan kelab Portugal, Braga 3-1 pada aksi Kumpulan H yang tertangguh 10 minit pada babak kedua akibat lampu limpah terpadam, awal pagi semalam.

Insiden berlaku sejurus United ketinggalan menerusi sepakan penalti Alan pada minit ke-49, namun selepas permainan bersambung, ia seolah-olah memberi tenaga baru buat skuad kendalian Alex Ferguson itu.

United bangkit memperoleh tiga gol pada 10 minit terakhir menerusi Robin van Persie pada minit ke-80, disusuli sepakan penalti Wayne Rooney (84) dan penyudah Javier Hernandez (90).

"Saya rasa mengikut sejarah kelab, kami sepatutnya menang kejuaraan Eropah ini lebih banyak. Jadi saya mahu memenanginya sekali lagi musim ini bagi membolehkan kami berada sama tahap seperti Liverpool, Bayern Munich dan Ajax.

"Saya fikir AC Milan dan Real Madrid pada tahap lebih tinggi berbanding kelompok kami ini tetapi sudah tentu ia mendorong saya untuk membawa United memperoleh lebih kejayaan di peringkat Eropah," kata Ferguson.

Terdahulu Porto dan Malaga muncul dua pasukan terawal layak, awal pagi kelmarin.

Sepanjang 26 tahun membimbing United, Ferguson sudah dua kali membawa pasukan itu menjuarai Liga Juara-Juara.
"Saya cukup kecewa setiap kali mengenangkan peluang kami untuk menjuarainya pada masa lalu. Tapi kamu tak boleh terlalu tamak. Saya sudah dua kali memenanginya dan berasa cukup bangga dengan kejayaan itu," jelasnya.- AP


Anda sedang membaca artikel tentang

United 'amuk'

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/11/united-amuk.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

United 'amuk'

namun jangan lupa untuk meletakkan link

United 'amuk'

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger