Benitez tak tahan disindir Ferguson

Written By Unknown on Minggu, 25 November 2012 | 15.23

London: Menjelang pertembungan menentang Manchester City hari ini, Rafael Benitez bukan saja diuji untuk perlawanan pertama selaku pengurus sementara Chelsea, tetapi bekas pengendali Liverpool itu juga diserang Alex Ferguson.

Pengurus Manchester United itu memperli Benitez dengan menyifatkannya sebagai bertuah kerana menumpang nama di kelab besar dan berjaya Chelsea dan Inter Milan.

Dia sangat bertuah kerana dalam tempoh dua minggu akan datang, dia mungkin meraih dua gelaran juara kelab dunia, sedangkan dia tidak berbuat apa-apa dengan pasukan, perli Ferguson.

Jose Mourinho menang treble di Inter Milan Rafa ambil alih dan menang kejuaraan kelab dunia tanpa perlu buat apa-apa, katanya merujuk kepada Chelsea yang akan beraksi di Jepun, bulan depan selepas Roberto Di Matteo disingkirkan.

Orang cuba menang dalam pelbagai cara. Saya hormati mereka, tetapi kadang kala saya tidak mampu kerana mereka terlalu mendesak, katanya dengan memilih Arsene Wenger sebagai pengurus terbaik di England.

Jurulatih dari Sepanyol itu kini berharap dapat memenangi hati penyokong Chelsea dalam ujian pertamanya di Stadmford Bridge.

Benitez yang dilantik sehingga hujung musim ini juga perlu mengagumkan pengurusan teratas Chelsea yang dikhabarkan mahu mendapatkan bekas jurulatih Barcelona, Pep Guardiola, yang turut dikaitkan perpindahan ke City.
Saya tidak bercakap dengan pemain mengenai Liga Juara-Juara atau perlawanan seterusnya tetapi mengenai perkara kecil kami mampu baiki dan perkara yang mereka bagus lakukan, yang saya rasa Roberto Di Matteo sedang lakukan, kata Benitez.

Dia juga bakal berdepan kehilangan Frank Lampard dan Ahsley Cole kerana dia tidak mempunyai kuasa jika kelab tidak mahu menyambung kontrak dua pemain veteran itu.
Agensi


Anda sedang membaca artikel tentang

Benitez tak tahan disindir Ferguson

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/11/benitez-tak-tahan-disindir-ferguson.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Benitez tak tahan disindir Ferguson

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Benitez tak tahan disindir Ferguson

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger