Pandelela, 19, yang mendaftar diri sebagai mahasiswa UM pada 17 September lalu membanggakan negara apabila menjadi wanita pertama meraih pingat di Olimpik menerusi kejayaannya di acara 10m platform individu wanita.
Skim biasiswa sukan itu diwujudkan bagi memberi galakan kepada atlet cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk melanjutkan pengajian di UM.
UM juga menubuhkan Tabung Pandelela – UM Olympian bagi menjaga kebajikan atlet Olimpik agar dapat mengikuti latihan dan sukan tanpa mengabaikan aktiviti pembelajaran dalam usaha melahirkan atlet berpendidikan tinggi.
Skim Biasiswa Sukan – UM Olympian dan Tabung Pandelela – UM Olympian dilancarkan Pemangku Naib Canselor UM, Profesor Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, pada acara penghargaan sukan tahunan itu, malam tadi.
"Penubuhan skim dan tabung ini membuktikan komitmen UM menyokong hasrat negara melahirkan lebih ramai atlet cemerlang dalam sukan dan pelajaran," kata Profesor Dr. Awang Bulgiba.
Pada malam itu juga, 12 anugerah disampaikan kepada penggiat sukan UM yang mengharum nama universiti, negeri dan negara.
INFO: Anugerah Olahragawan/Wati UM
- Olahragawan (Pelajar): Bryan Nickson Lomas (Terjun)
- Olahragawati (Pelajar): Daphne Ng Chiew Yen (Badminton)
- Olahragawan (Staf): Ahmad Radzi Abu (Tenpin Boling)
- Olahragawati (Staf): Noor Haslinda Mohd Arif (Karom)
- Anugerah Lencana Biru Universiti (Pelajar) Ryan Chong Wy Lunn (Taekwondo); Yati Akhtar Mahtar (Bola Jaring); Nurul Shaffa Mustafa (Bola Jaring); Jerusha Chan Poe Yin (Tenpin Boling)
- Anugerah Jurulatih Terbaik: (Staf) Azmi Ismail (tarik tali); (Pelajar): Asnan Md. Zuki (Bola Sepak)
- Pengurus Terbaik: Pengurus (Staf): Mohd Fairosz Abdul Karim; Pengurus (Pelajar): Abdul Jalil Khalid (Bola Sepak)
Anda sedang membaca artikel tentang
Pandelela penerima pertama UM Olympian
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/11/pandelela-penerima-pertama-um-olympian.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Pandelela penerima pertama UM Olympian
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Pandelela penerima pertama UM Olympian
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar