Di Matteo dipecat!

Written By Unknown on Kamis, 22 November 2012 | 15.23

London: Pengendali Chelsea, Roberto Di Matteo ditamatkan khidmatnya selepas juara Eropah itu kini hampir tersingkir daripada peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara, kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan semalam.

"Kelab Bola Sepak Chelsea kini menamatkan khidmat pengendali Roberto Di Matteo pagi tadi (semalam)," kata kenyataan itu, selepas kekalahan 3-0 Chelsea di tangan Juventus kelmarin.

Menurut Chelsea, persembahan dan keputusan mutakhir pasukan tidak begitu baik. "Kelab berdepan tugas sukar untuk layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara serta mengekalkan cabaran dalam Liga Perdana Inggeris dan tiga pertandingan lain," tambah kenyataan itu lagi.

Kekalahan di Turin menyaksikan Chelsea bakal menjadi juara pertama kejohanan berprestij Eropah itu tersingkir di peringkat kumpulan pada musim berikutnya.

Walaupun sekiranya menang ke atas kelab Denmark, FC Nordsjaelland pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan nanti, ia masih belum mencukupi buat Chelsea untuk mata kerana dalam perlawanan lain Kumpulan D, Juventus dan Shakhtar Donetsk hanya memerlukan keputusan seri.

Di Matteo hanya dilantik secara tetap Jun lalu, selepas cemerlang menerajui Chelsea menjuarai Liga Juara-Juara buat pertama kali sebaik mengambil alih tempat Andre Villas-Boas yang dipecat pada Mac.

"Pemilik dan lembaga pengarah ingin berterima kasih kepada Roberto di atas apa yang dilakukannya kepada kelab sejak mengambil alih pada Mac," kata Chelsea yang sentiasa mengalu-alukan pengendali dari Itali itu di Stamford Bridge.
"Kelab akan menamakan pengendali baru dalam masa terdekat."

Juventus pula berkata mereka tidak akan bermain untuk seri bertemu Shakhtar pada pertemuan terakhir Kumpulan E selepas menyukarkan peluang Chelsea dengan kemenangan 3-0 di Turin.

"Bukan gaya kami bermain untuk sekadar seri, kami mahu menang perlawanan (Shakhtar) itu." kata pembantu jurulatih Juventus, Angelo Alessio. - Agensi


Anda sedang membaca artikel tentang

Di Matteo dipecat!

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/11/di-matteo-dipecat.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Di Matteo dipecat!

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Di Matteo dipecat!

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger