Misi wajib menang!

Written By Unknown on Rabu, 14 November 2012 | 15.23

Safiq akui menang lawan Hong Kong dan Bangladesh akan kembalikan keyakinan pemain dan peminat

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya tiada pilihan lain selain bangkit mencatat kemenangan dalam baki dua perlawanan persahabatan bertemu Hong Kong malam ini dan Bangladesh Selasa depan - kedua-duanya di Stadium Shah Alam.

Kemenangan dalam kedua-dua perlawanan itu amat penting bagi mengembalikan semula sokongan peminat selain membuktikan kepada peminat betapa mereka sudah bersedia mempertahankan mahkota kejuaraan Piala AFF Suzuki selepas tewas dalam dua perlawanan persahabatan berturut-turut menentang Vietnam 1-0 dan Thailand 2-0.

Saya sedar banyak kritikan dilemparkan kepada kami selepas tewas kepada Vietnam dan Thailand, tetapi saya yakin semangat dan moral kami bertambah kuat untuk membuktikan keupayaan sebenar kami di kejohanan itu nanti," - Safiq


Walaupun Datuk K Rajagobal masih belum memuktamadkan lagi skuad utamanya, ia dilihat bukan masalah untuk Harimau Malaya sekali lagi membaham Hong Kong serta Bangladesh yang seharusnya tidak mendatangkan masalah buat pasukan kebangsaan.

"Kita perlu menang perlawanan ini," kata kapten negara, Safiq Rahim yang turut mengakui pasukan kebangsaan kini seharusnya cukup bersedia berdepan mana-mana lawan dari rantau ini. "Ia penting untuk keyakinan kami dan juga keyakinan peminat.

Peminat senjata utama

"Pada peringkat ini saya rasa fokus utama kami ialah perlawanan pertama menentang Singapura 25 November nanti, tetapi pada masa sama baki dua perlawanan persahabatan ini perlu diakhiri dengan keputusan positif bagi mencetus keyakinan tinggi pemain.
"Saya sedar banyak kritikan dilemparkan kepada kami selepas tewas kepada Vietnam dan Thailand, tetapi saya yakin semangat dan moral kami bertambah kuat untuk membuktikan keupayaan sebenar kami di kejohanan itu nanti."

Safiq, 25, adalah kapten pasukan kebangsaan ketika menjuarai Piala AFF Suzuki buat pertama kali dua tahun lalu. Ketika itu menurut Safiq, tekanan dan kritikan terhadap pasukan kebangsaan lebih hebat terutama selepas kekalahan 5-1 di tangan Indonesia pada perlawanan pertama.

"Kami sudah pernah mengalaminya (tekanan), malah ia jauh lebih berat dengan kejohanan berlangsung di Gelora Bung Karno, Jakarta. Tetapi kami berjaya mengharunginya hingga muncul juara dan tidak mustahil ia diulangi, apatah lagi di laman sendiri," katanya.

"Saya harap kita menggunakan sepenuhnya peluang sebagai tuan rumah dan sokongan padu penyokong setia bola sepak negara pasti akan menjadi senjata utama skuad kebangsaan kali ini."


Anda sedang membaca artikel tentang

Misi wajib menang!

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/11/misi-wajib-menang.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Misi wajib menang!

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Misi wajib menang!

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger