Kuala Lumpur: Tamat aksi di kolam renang di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil semalam menyaksikan jaguh renang Universiti Putra Malaysia (UPM), Chui Lai Kwan melebarkan pencapaian cemerlang dengan kejayaan merangkul 13 pingat emas dan dua perak.
Pada aksi hari terakhir semalam, pelajar jurusan Sains Teknologi dan Pemakanan itu meraih emas dalam acara 200 meter kuak kupu-kupu, 100m kuak lentang dan 50m gaya bebas manakala pingat perak terhasil menerusi 4x100m wanita rampaian berganti-ganti.
Saya belum puas
"Saya cukup bangga dengan pencapaian ini kerana ini menjadi kejayaan pingat emas paling banyak pernah dimenangi dalam mana-mana pertandingan yang disertai.
"Tetapi kalau ikutkan, saya masih belum puas hati dengan masa yang saya catat terutama dalam acara kegemaran 50 meter gaya bebas. Dalam acara ini, masa terbaik saya adalah 26.02 saat," katanya yang dilihat bakal menjadi calon paling sesuai untuk dinobatkan sebagai Olahragawati SUKIPT edisi sulung kali ini.
Dengan pencapaian cemerlang ini, Lai Kwan akan mempersiapkan diri bagi menghadapi Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Laos awal Disember ini. Dia yang meraih enam pingat emas pada penampilan di AUG di Chiang Mai, Thailand, dua tahun lalu, akan menyertai empat acara individu dan tiga acara berpasukan di Laos.
Anda sedang membaca artikel tentang
Lai Kwan tiada tandingan
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/11/lai-kwan-tiada-tandingan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Lai Kwan tiada tandingan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar