Perak sasar dapatkan awang import dari negara ASEAN

Written By Unknown on Sabtu, 03 November 2012 | 15.23

Ipoh: Perak berhasrat mendapatkan awang import berwibawa di bahagian pertahanan dan serangan dari liga bola sepak negara ASEAN dalam usaha memantapkan pasukan Seladang bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Ketua Jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah, berkata pendekatan itu diambil kerana khidmat awang import kali ini lebih terbuka selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membatalkan 'tempoh sejuk' terhadap pemain dari liga di rantau ASEAN.

"Dengan tiada lagi sekatan terhadap pembabitan mereka dalam Liga M, ia membuka ruang untuk Perak memilih pemain terbaik di rantau ini," katanya semalam.

Kita sudah kenal pasti beberapa calon dan mereka akan berada di Ipoh dalam tempoh terdekat untuk menjalani ujian," Mohd Azraai Khor Abdullah, Ketua Jurulatih Perak


Beliau mengakui Perak turut mendapat perhatian beberapa pemain dari Liga S (Singapura), Indonesia dan Thailand yang menawarkan diri untuk menyertai pasukan itu.

"Kita sudah kenal pasti beberapa calon dan mereka akan berada di Ipoh dalam tempoh terdekat untuk menjalani ujian.

"Saya berharap mereka akan datang segera agar dapat diuji dalam tempoh dua minggu daripada sekarang.

"Kena berhati-hati dalam pemilihan pemain agar tidak kerugian iaitu sama ada tersilap ambil atau terlepas bahan berkualiti kepada pasukan lain.
"Saya akan beri masa secukupnya kepada setiap calon yang hadir agar mereka berpeluang menunjukkan kemampuan sebenar," katanya.

Jurulatih kelahiran Kedah yang mengendalikan Negeri Sembilan selama dua musim itu berkaya, tiada pemilihan secara automatik kerana beliau mahu lihat sendiri kemampuan setiap pemain.

"Reputasi lalu bukan ukuran kerana yang penting ialah prestasi semasa. Oleh yang demikian setiap pemain perlu hadir ujian," katanya.


Anda sedang membaca artikel tentang

Perak sasar dapatkan awang import dari negara ASEAN

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/11/perak-sasar-dapatkan-awang-import-dari.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Perak sasar dapatkan awang import dari negara ASEAN

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Perak sasar dapatkan awang import dari negara ASEAN

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger