Tonton aksi muay thai di internet

Written By Unknown on Sabtu, 03 November 2012 | 15.23

Kuala Lumpur: Pertandingan muay thai terkemuka dunia, Glory World Series akan disiarkan secara langsung untuk kali kedua di siaran internet www.tonton.com.my, esok.

Pengurus Besar Media Prima Berhad, Lam Swee Kim berkata, Glory 3 Rome Final 8 akan disiarkan bermula jam 3 pagi di www.tonton.com.my/glory.

Selain di komputer, rancangan itu juga boleh ditonton menerusi peranti tablet dan telefon pintar yang menggunakan aplikasi Android 2.3 ke atas atau iOS 5 ke atas.

"Siaran itu bagaimanapun hanya terhad untuk penonton di Malaysia saja," katanya. Perlawanan itu akan disertai lapan juara dunia Muay Thai selepas sesi pengundian di Monte Carlo, Monaco, 16 Oktober lalu.

Glory 4 Tokyo bulan depan

"Peninju pertama dunia, Giorgio 'The Doctor' Petrosyan dari Itali akan menentang Ky Hollenbeck dari Amerika Syarikat manakala dalam pusingan sama, David Kiria dari Belanda menentang Shemsi Beqiri dari Switzerland.

"Robin van Roosmalen dari Belanda akan bertemu pakar serangan KO, Tim Thomas dari United Kingdom manakala Albert 'The Hurricane' Kraus dari Belanda bertemu bintang berusia 21 tahun, Sanny Dahlbeck dari Sweden," katanya.
Pemenang dari kedua-dua pusingan itu akan bertanding di suku akhir.

"Untuk pertandingan simpanan pula, Dzhabar Askerov dari Russia akan menentang Yoshihiro Sato dari Jepun manakala bintang Perancis Fabio Pinca menentang Alessandro Campagna. Perlawanan simpanan itu dipertandingkan sebelum pusingan suku akhir Final 8," katanya.

Lam berkata, tonton juga dijangka menyiarkan Glory 4 Tokyo, bulan depan. Glory World Series menawarkan hadiah wang tunai sehingga AS$1,000,000 (RM3,053,321).


Anda sedang membaca artikel tentang

Tonton aksi muay thai di internet

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/11/tonton-aksi-muay-thai-di-internet.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Tonton aksi muay thai di internet

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Tonton aksi muay thai di internet

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger