Kuala Lumpur: Bukan hanya penyokong tegar yang dahagakan perubahan dalam pucuk pimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), malah bekas pemain kebangsaan turut meluahkan perkara sama.
Bekas pemain kebangsaan yang beraksi dari 1985 hingga 1991, Kamarrudin Ahmad, berkata FAM perlu memberi peluang kepada individu korporat lain yang mampu menaikkan semula imej bola sepak Malaysia seperti dilakukan oleh Jepun.
"Saya cukup kecewa kerana kualiti bola sepak kita sudah sama dengan pasukan Timor Leste.
"Bayangkan kita yang memulakan saingan bola sepak semi-pro pada 1989 manakala Jepun mengambil pendekatan sama pada 1991, namun mereka kini lebih maju daripada kita," katanya semalam.
Gesa FAM dirombak
BH Sukan semalam melaporkan sekumpulan penyokong tegar bola sepak negara menggesa pengurusan tertinggi FAM dirombak dan presidennya meletak jawatan.
Jurucakapnya, Al Fadli Awaludin, berkata pengurusan tertinggi FAM yang tidak pernah bertukar sejak 28 tahun lalu, perlu diberi nafas baru bagi meletakkan semula Malaysia dalam peta bola sepak dunia.
Seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Dali Omar, 66, yang pernah bermain untuk negara dari 1963 hingga 1967, berkata Sultan Ahmad Shah sudah lama menjadi presiden dan kalau boleh beri peluang kepada muka baru mengurus badan induk itu.
"Kita tiada niat menjatuhkan maruah pengurusan FAM tetapi ingin melihat perubahan lebih positif.Tidak banyak perubahan terutama dari segi pembangunan dan pencapaian, malah kita tertinggal terlalu jauh dari Jepun dan Korea Selatan," katanya.
Syed Ahmad Syed Abu Bakar yang beraksi untuk negara sekitar 1965 hingga 1974 pula berkata, setiap luahan peminat untuk meningkatkan prestasi semasa skuad negara perlu diberi perhatian.
Sementara itu, Shukor Salleh berkata: "Sesiapa saja boleh komen dan mereka ada hak memberi pandangan, namun semua keputusan bergantung kepada FAM kerana hanya mereka yang boleh membuat sebarang tindakan," katanya.
Anda sedang membaca artikel tentang
Kami mahu transformasi!
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/12/kami-mahu-transformasi.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Kami mahu transformasi!
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar