United gigit jari gagal raih tiga mata

Written By Unknown on Senin, 24 Desember 2012 | 15.23

London: Pendahulu, Manchester United buat pertama kali mencatatkan keputusan seri dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas Swansea City mengikat mereka 1-1 dalam aksi di Stadium Liberty, malam tadi.

Pemain pertahanan, Patrice Evra menanduk masuk bola sepakan sudut Robin van Persie pada minit ke-16 untuk meletakkan United di depan, tetapi penjaring terbanyak liga, Michu menyamakan kedudukan, pada minit ke-13.

Gol ke-13 Michu sepanjang kempen liga itu meletakkan penyerang kelahiran Sepanyol berkenaan memiliki kelebihan satu gol di depan Van Persie, yang sebelum perlawanan itu berada pada kedudukan sama dengan 12 gol.

United, yang melepaskan peluang mengekalkan jarak kedudukan enam mata sebelum perlawanan masih kekal di puncak liga dengan kelebihan empat mata mengatasi Manchester City, di tangga kedua dengan 39 mata.

Skuad bimbingan Alex Ferguson kini mengumpul 43 mata daripada 18 perlawanan, meninggalkan empat lagi pasukan lain yang memungut 30 mata. Chelsea masih berpeluang naik ke tangga ketiga jika menang ke atas Aston Villa dalam satu lagi perlawanan lewat malam tadi.


Anda sedang membaca artikel tentang

United gigit jari gagal raih tiga mata

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/12/united-gigit-jari-gagal-raih-tiga-mata.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

United gigit jari gagal raih tiga mata

namun jangan lupa untuk meletakkan link

United gigit jari gagal raih tiga mata

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger