Pemain tengah berusia 34 tahun itu yang kontraknya akan berakhir pada penghujung musim ini, menyemarakkan kebangkitan Chelsea dengan menyamakan kedudukan tiga minit sebelum perlawanan babak pertama berakhir, selepas The Blues ketinggalan melalui jaringan Steven Pienaar pada awal permainan.
Bermain di halaman sendiri, Everton bermula garang dan hanya memerlukan 63 saat untuk merobek gawang Chelsea. Tandukan Victor Anichebe hasil hantaran lintang Phil Jagielka mengenai tiang gol dan Pienaar pantas menyambar bola untuk menewaskan Petr Cech, yang membuat penampilan ke-400 di gawang Chelsea.
Sepakan percuma Nikica Jelavic pula mengenai palang, sebelum Lampard menyamakan kedudukan pada minit ke-42 apabila menanduk hantaran Ramires.
Cech terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan buku lali, dan penggantinya Ross Turnbull tertewas oleh tandukan Jelavic pada minit ke-69 tetapi cubaan itu hanya singgah di palang.
Gol kemenangan hadir tiga minit kemudian, apabila Lampard menolak bola dari jarak dekat selepas Tim Howard menampan cubaan Juan Mata, untuk The Blues mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam liga. AFP
Anda sedang membaca artikel tentang
Lampard gah julang Chelsea
Dengan url
https://sukanmalays.blogspot.com/2012/12/lampard-gah-julang-chelsea.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Lampard gah julang Chelsea
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar