Perak juara Piala Emas Raja-Raja

Written By Unknown on Minggu, 23 Desember 2012 | 15.23

Ipoh: Perak menamatkan kemarau 22 tahun untuk muncul juara Piala Emas Raja-Raja selepas membenam Kedah 2-0 di aksi final edisi ke-72 di gelanggang sendiri, di Stadium Ipoh malam tadi.

Kedudukan terikat 0-0 pada masa penuh perlawanan sebelum dilanjutkan ke masa tambahan dan nasib lebih memihak kepada anak buah Abu Bakar Fadzim untuk merangkul piala selepas kali terakhir melakukannya pada 1990 - menang 3-0 ke atas Kelantan.

Hamizul Izaidi memberikan tuan rumah gol pertama pada minit ke-105 di masa tambahan menerusi tandukan selepas menerima hantaran bola sepakan percuma untuk menceriakan penyokong skuad Kejor Yob Kejor.

Berselang 10 minit, Khairul Asyraf menamatkan terus sisa perjuangan Kedah apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-115 untuk mengesahkan hak mutlak merangkul gelaran juara.

Kedah, sekali lagi kempunan membawa pulang piala kejuaraan selepas dua kali hanya muncul naib juara pada 2010 tewas kepada Kelantan menerusi sepakan penalti dan tunduk kepada Perlis di final, juga kalah 2-0 pada 2009.

Sekalipun dibarisi beberapa pemain skuad Liga Perdana Kedah, Perlis serta pemain Piala Presiden seperti kapten, Mohamad Rozaidi Abd Rahim, Hattaphon Bun An dan penjaring terbanyak Kejohanan MSSM lalu, Muhamad Syafiq Ahmad - Kedah gagal mengatasi kelebihan Perak.


Anda sedang membaca artikel tentang

Perak juara Piala Emas Raja-Raja

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/12/perak-juara-piala-emas-raja-raja.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Perak juara Piala Emas Raja-Raja

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Perak juara Piala Emas Raja-Raja

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger