Safiq teruja berganding semula dengan Safee

Written By Unknown on Rabu, 19 Desember 2012 | 15.23

Johor Bahru: Selepas dua tahun tidak bergandingan dengan Safee Sali dalam satu pasukan pada saingan Liga Super, akhirnya impian Safiq Rahim untuk beraksi semula dengan bekas rakan sepasukannya di Selangor tercapai selepas Johor Darul Takzim turut mengikat penyerang yang berkelana ke Liga Super Indonesia (ISL) itu.

"Saya sangat teruja beraksi semula dengan Safee dalam saingan Liga Super selepas dua tahun berpisah. Walaupun kami sering bermain bersama skuad kebangsaan, tetapi bergandingan dalam satu pasukan pada saingan Liga Super, ia pasti memantapkan lagi persefahaman kami.

"Apapun, saya mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) kerana menemukan kami semula. Saya bangga dengan usaha PBNJ yang melakukan perubahan besar bagi memantapkan pasukan dan berjanji melakukan yang terbaik bagi menjulang semula Johor Darul Takzim dalam persada bola sepak negara," katanya semalam.

Kapten bukan sasaran

Safiq bagaimanapun memikul tugas berat dalam penampilan pertamanya kerana perlu menggerak dan mengemudi jentera tengah Harimau Selatan bagi membolehkan penyerang tiga serangkai - Safee, Norshahrul Idlan Talaha dan Daniel Guiza - mendapat umpanan cantik bagi merobek gawang lawan.

Ketika ditanya sama ada dia berminat menjadi kapten pasukan seperti tugasnya bersama skuad kebangsaan dan Selangor, Safiq tidak mahu memikirkan, sebaliknya menyerahkan keputusan kepada ketua jurulatih, Fandi Ahmad bagi menentukan siapa yang layak memakai lilitan di lengan.

"Semua keputusan terletak kepada jurulatih (Fandi). Misi utama saya beraksi untuk Johor Darul Takzim lebih kepada menimba pengalaman baru selain mengimpikan kejuaraan bersama pasukan baru selepas agak lama menabur bakti bersama Selangor," kata Safiq.


Anda sedang membaca artikel tentang

Safiq teruja berganding semula dengan Safee

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/12/safiq-teruja-berganding-semula-dengan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Safiq teruja berganding semula dengan Safee

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Safiq teruja berganding semula dengan Safee

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger