Mampu ke Raja?

Written By Unknown on Rabu, 19 Desember 2012 | 15.23

Sasaran layak pusingan akhir Piala Asia 2015 kini dipersoal

"Jika di peringkat Asia Tenggara pun tak boleh makan, macam mana kita nak tewaskan Qatar atau Bahrain?"

Itu persoalan logik ditimbulkan bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan yang pernah membawa Malaysia muncul naib juara pada edisi pertama Piala Tiger pada 1996.

"Tetapi dalam bola sepak faktor nasib juga memainkan peranan," kata Wan Jamak yang kini berehat seketika daripada aktiviti bola sepak tempatan. "Mungkin nasib Malaysia tidak berapa baik pada saingan Piala Suzuki AFF kali ini sehingga gagal mempertahankan kejuaraan."

Bagi Wan Jamak, apa yang dilakukan ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal selama ini cukup bagus apabila menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF 2010, tetapi mungkin ada kesilapan dalam persediaan menjelang kejohanan kali ini.

"Mungkin ada kesilapan yang perlu direnungkan semula oleh jurulatih (Rajagobal)," kata Wan Jamak yang selepas dijulang kerana mara ke final Piala Tiger 1996, melepaskan jawatannya apabila gagal mara ke separuh akhir Sukan SEA tahun berikutnya.

Ketika ditanya sama ada Rajagobal perlu mengambil langkah sama seperti dilakukannya 15 tahun dulu, Wan Jamak berkata: "Terpulang kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) untuk menentukan hala tuju pasukan kebangsaan.

"FAM serta panel kejurulatihan mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Mungkin sampai masanya untuk kita melupakan kejayaan sebelum ini dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada cabaran yang ada di hadapan."
Menurutnya, mana-mana jurulatih yang menggantikan Rajagobal ketika saingan kelayakan Piala Asia bakal bermula dua bulan lagi, ibarat tindakan membunuh diri kerana sasaran diletakkan adalah layak ke pusingan akhir kejohanan itu.

"Namun, jika mereka membuat keputusan untuk menukar jurulatih, saya tidak nampak kita perlu memandang jauh ke luar negara. Kita ada jurulatih tempatan seperti Ong Kim Swee yang juga mempunyai rekod cemerlang," kata Wan Jamak.

"Memang mentaliti pemain tempatan sukar untuk menerima jurulatih asing. Jadi kepercayaan pemain terhadap jurulatih antara faktor penting yang menentukan kejayaan sesebuah pasukan.

"Namun, saya pasti FAM mampu membuat keputusan terbaik demi kepentingan skuad kebangsaan. Kita mempunyai kelompok pemain terbaik ketika ini dan apa yang diperlukan ialah formula berkesan diterapkan jurulatih, termasuk memilih skuad terbaik."

Malaysia akan memulakan kempen kelayakan Piala Asia bertemu Qatar di Doha pada 6 Februari depan.


Anda sedang membaca artikel tentang

Mampu ke Raja?

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/12/mampu-ke-raja.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Mampu ke Raja?

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Mampu ke Raja?

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger