Gajah Perang gigit jari

Written By Unknown on Minggu, 23 Desember 2012 | 15.23

Bangkok: Singapura muncul juara Piala Suzuki AFF 2012 apabila menewaskan Thailand 3-2 secara agregat walaupun tewas 1-0 di Stadium Supachalasai, Bangkok malam tadi.

Thailand bermula baik dengan bermain agresif sebaik sepak mula, tetapi anak buah Winfried Schafer terpaksa menunggu hingga ke minit ke-45 untuk membuka jaringan sekali gus merapatkan defisit kepada 2-3 selepas tewas perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, 3-1 Rabu lalu.

Berbeza dengan aksi di Singapura, skuad Gajah Perang kali ini tampak bermain pada prestasi sebenar untuk mengawal sepenuhnya babak pertama, dan berpeluang memecah kebuntuan pada minit ke-17 tetapi tandukan Jakkraphan Pornsai sekadar terkena palang gol.

Pertahanan Singapura yang dikendali Baihakki Khaizan berfungsi cemerlang mematahkan setiap gerakan serangan pantas tuan rumah, namun tandukan padu Kirati Keawsombut beberapa saat sebelum rehat, kembali meletakkan Thailand dalam kedudukan terbaik untuk menafikan kejuaraan keempat buat pelawat.

Sedar kedudukan mereka semakin terancam, Radojko Avramovic mengarahkan anak buahnya untuk terus melebarkan jurang gol namun beberapa peluang awal selepas rehat, tidak menemui sasaran.

Thailand yang semakin terdesak memburu gol kedua untuk menafikan kejuaraan buat Singapura, terus mengasak gawang pelawat pada minit-minit terakhir permainan, namun Izwan Mahbud tenang di benteng terakhir untuk memastikan kelebihan kekal milik mereka.

Kejuaraan ini cukup manis buat Singapura, yang dianggap sebagai pasukan bukan pilihan mara ke final oleh pengendali Harimau Malaya walaupun hakikatnya Malaysia tewas 3-0 pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan B.


Anda sedang membaca artikel tentang

Gajah Perang gigit jari

Dengan url

https://sukanmalays.blogspot.com/2012/12/gajah-perang-gigit-jari.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Gajah Perang gigit jari

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Gajah Perang gigit jari

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger